GADGETS
Google sahkan Android 16 bakal dilancar Jun ini

Versi akhir Android 16 sudah lama dinantikan sejak program Android 16 Beta dimulakan pada Januari yang lalu. -Amanz
GOOGLE mengesahkan versi akhir Android 16 akan dilancarkan pada bulan Jun ini menerusi episod The Android Show di YouTube pagi tadi.
Ringkasan AI
- Google mengesahkan versi akhir Android 16 akan dilancarkan pada bulan Jun ini, selepas program beta dimulakan sejak Januari.
- Kemas kini Material 3 Expressive hanya akan tiba ke peranti Pixel selepas Jun, berkemungkinan bermula dengan siri Pixel 10 yang dijangka dilancarkan seawal Ogos.
- Android 16 dibangunkan lebih awal tahun ini bagi memastikan peranti Android yang dilancarkan pada separuh kedua 2025 akan terus menggunakan sistem operasi baharu, mengelakkan isu seperti pada siri Pixel 9 tahun lalu.
Besar kemungkinan ia akan tiba terlebih dahulu pada siri Pixel 10 yang dikhabarkan akan tiba seawal Ogos.
Tahun ini pembangunan Android 16 dimulakan lebih awal bagi membolehkan peranti Android yang dilancarkan pada H2 2025 akan menggunakan sistem operasi baharu.
Tahun lalu siri Pixel 9 dikecam kerana masih menggunakan Android 14 sebelum dikemas kini ke Android 15 beberapa bulan selepas dilancarkan.
Pengguna merungut ini membuatkan seakan mereka menerima kemas kini 6 versi Android sahaja dan bukannya 7 seperti dijanjikan. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami