GADGETS
Grok kelak boleh jana video sepanjang 30 minit, juga permainan video

Perkembangan ini berpotensi mengubah landskap kecerdasan buatan janaan, menjadikan Grok sebagai platform AI multimedia yang lebih menyeluruh. -Foto Amanz
XAI MERUPAKAN syarikat memfokuskan kecerdasan buatan yang diterajui oleh Elon Musk.
Ringkasan AI
- Grok Imagine kini membolehkan pengguna menjana video berdurasi 6 saat dan dijangka mampu menghasilkan siri video sehingga 30 minit pada masa akan datang.
- Elon Musk merancang untuk memperluas fungsi Grok Imagine termasuk kebolehan menghasilkan permainan video, dengan pelancaran dijangka seawal 2026.
- Perkembangan ini berpotensi mengubah landskap kecerdasan buatan janaan, menjadikan Grok sebagai platform AI multimedia yang lebih menyeluruh.
Tidak setakat itu, kini Elon Musk menjanjikan lebih banyak kemas kini akan datang untuk Grok melalui Grok Imagine.
Salah satunya adalah kebolehan menjana siri video sepanjang 30 minit menggunakannya.
Seperti ramai sedia maklum, pelbagai kecerdasan buatan janaan hanya menjana video sepanjang beberapa saat sahaja.
Dan sekiranya Grok Imagine boleh menjana video sepanjang 30 minit, maka ia akan mengubah landskap kecerdasan buatan janaan, selain membuka kepada penghasilan pelbagai rancangan video menggunakannya.
Tidak setakat itu, Elon Musk turut mengatakan pengguna juga boleh menghasilkan permainan video menggunakan Grok Imagine.
Permainan yang baik yang dihasilkan menggunakannya dijangka hadir seawal 2026.
Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan kejutan yang disediakan oleh Elon Musk melalui Grok. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami