TELEFON bimbit HONOR 90 dinobatkan sebagai Telefon Pintar Yang Terbaik Untuk Dibeli (Best Buy Smartphone) 2023-2024 oleh Persatuan Pengimejan dan Bunyi Pakar (EISA).

Menurut EISA, telefon pintar tersebut melangkaui jangkaan terhadap apa yang patut ditawarkan oleh sesebuah telefon pintar dengan harganya, apabila tampil dengan ciri canggih yang lazimnya ada pada model perdana dengan harga untuk pasaran pertengahan.

(Laman web rasmi EISA: https://eisa.eu/awards/honor-90/)

HONOR 90 tampil dengan ciri canggih yang lazimnya ada pada model perdana dengan harga untuk pasaran pertengahan.


Di atas segala faktor itu, ini empat sebab mengapa anda perlu miliki telefon pintar HONOR 90 hari ini:

1. Perlindungan Mata Peredupan Bebas Risiko
 
Teknologi peredupan frekuensi ultra-tinggi 3,840Hz PWM Honor 90 adalah diiktiraf bebas kelipan TÜV Rheinland dan mencapai tahap bebas risiko.

Ini kerana kelipan berfrekuensi rendah berbahaya kepada mata pengguna dan menyebabkan masalah kesihatan mata, membawa kepada gangguan penglihatan, ketegangan mata, kelesuan, penglihatan kabur dan lain-lain simptom.


2. Kamera Bersensor Super 200MP dan Kamera Swafoto Super Jelas 50MP

Ini adalah zaman swafoto dan pastinya telefon bimbit anda perlu berkemampuan mengambil gambar hadapan dalam apa jua keadaan.

Kamera Utama Bersensor Super 200MP dengan CMOS 1/1.4 inci serta teknologi piksel bersamaan 16-dalam-1 berupaya untuk mencerap lebih banyak butiran yang lebih terperinci dan meredamkan ‘highlight’ lebih baik dalam mod resolusi tinggi.


3. Bateri besar 5,000mAh dan HONOR SuperCharge 66W

Hanya 183 gram, tapi tampil dengan bateri 5,000mAh yang mampu bertahan hingga 19.5 jam tontonan video strim lokal berterusan daripada satu sesi pengecasan penuh.

HONOR SuperCharge 66W dapat mengecas telefon dari 3 peratus kepada 45 peratus bekalan kuasa hanya dalam 15 minit.


4. Pemproses 5G Qualcomm Snapdragon 7 Gen1 Accelerated Edition

Penggunaan kuasa lebih rendah, malah hadir bersama Sistem Pemacu Penyejukan Setiap Zon, menerapkan biomimetik arterial VC yang sangat besar dengan kepingan grafit konduktor suhu tinggi Gen 3 serta sistem pengurusan suhu AI penuh, memastikan HONOR 90 tidak mudah panas.

Pemproses hebat ini mempunyai kelajuan CPU puncak pada 2.5GHz, sementara prestasi GPU ditingkatkan 20 peratus dan prestasi AI ditingkatkan 30 peratus berbanding HONOR 70.

Sebab-sebab mengapa perlu anda miliki HONOR 90 5G.


HONOR 90 5G hadir dalam harga yang sangat kompetitif, bermula dari RM1,799 dengan 12GB + 256GB hingga 512GB.

Sangat jarang untuk telefon pintar hadir dalam kapasiti 512GB, jadi untuk anda yang mahukan telefon berkapasiti besar pada harga mampu milik, HONOR 90 adalah jawapannya.

Ketahui lebih lanjut tentang siri telefon pintar hebat ini di https://bit.ly/HONOR90SeriesPR.