awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit terus melonjak, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar AS
AI kini lebih kreatif berbanding manusia biasa - Kajian
WhatsApp bakal perkenal pelan berbayar untuk pengalaman tanpa iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Infrastruktur digital penentu daya saing 2026

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
28/01/2026
00:00 MYT
Infrastruktur digital penentu daya saing 2026
Cheam menegaskan, dalam dunia digital yang sentiasa ‘hidup’, daya tahan sistem bukan lagi kelebihan tambahan, sebaliknya keperluan asas.
KUALA LUMPUR: Infrastruktur digital tidak lagi boleh dilihat sekadar sebagai kos operasi, sebaliknya menjadi pemacu strategik utama daya saing perniagaan dan ekonomi negara menjelang 2026.

Ringkasan AI
  • Infrastruktur digital bukan lagi kos operasi biasa tetapi menjadi faktor penting untuk daya saing ekonomi negara menjelang 2026, menuntut fokus pada tenaga, daya tahan sistem, kedaulatan data, dan kelestarian.
  • Pusat data diiktiraf sebagai elemen penting dalam operasi digital global, dengan keperluan tenaga berketumpatan tinggi yang mempengaruhi kemajuan kecerdasan buatan (AI) dalam sektor kewangan.
  • Dalam dunia digital yang sentiasa aktif, daya tahan sistem bukan lagi sebagai kelebihan tetapi keperluan asas, dengan keutamaan pada infrastruktur digital yang kukuh, selaras dengan garis panduan ketahanan operasi dan inisiatif keselamatan siber negara.

Menurut Pengarah Urusan Equinix Malaysia, Cheam Tat Inn, landskap digital yang semakin kompleks menuntut tumpuan serius terhadap keperluan tenaga, daya tahan sistem, kedaulatan data serta kelestarian, khususnya bagi negara membangun pesat seperti Malaysia.
“Pemenang sebenar pada 2026 ialah organisasi yang melihat infrastruktur sebagai pemudah cara strategik, bukan sekadar pusat kos.
"Kuasa, daya tahan, kedaulatan dan kelestarian kini menentukan tahap daya saing,” katanya.
Menurut beliau, tahun 2025 menyaksikan perubahan ketara dalam persepsi terhadap pusat data, yang kini diiktiraf sebagai komponen kritikal dalam memastikan kelangsungan operasi digital global.
Dalam sektor kewangan, Cheam menjelaskan, potensi kecerdasan buatan (AI) semakin terhad bukan disebabkan teknologi, tetapi kekangan infrastruktur fizikal, khususnya keupayaan tenaga berketumpatan tinggi.
“Kemajuan sebenar AI bergantung kepada kerja asas yang sering dipandang remeh seperti pembersihan dan penstrukturan data sejarah berskala besar, yang memerlukan bekalan kuasa stabil dan berkapasiti tinggi,” jelasnya.
Beliau menambah, bank dan institusi kewangan di Malaysia kini semakin agresif melaksanakan AI, namun berdepan had ketumpatan kuasa dalam pusat data sedia ada.
Cheam turut menegaskan, dalam dunia digital yang sentiasa ‘hidup’, daya tahan sistem bukan lagi kelebihan tambahan, sebaliknya keperluan asas.
“Gangguan perkhidmatan kini tidak boleh diterima pengguna. Daya tahan bukan lagi siling pencapaian, tetapi lantai minimum,” katanya.
Beliau merujuk kepada garis panduan ketahanan operasi Bank Negara Malaysia, Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT) serta inisiatif keselamatan siber negara yang menjadikan infrastruktur digital kukuh sebagai keperluan peraturan, bukan pilihan.
Dalam sektor sains hayat dan penjagaan kesihatan, Cheam berkata, cabaran utama ialah mengekalkan data sensitif dalam negara sambil membolehkan kolaborasi global.
“Strategi menang untuk 2026 ialah model hibrid yang membolehkan pembelajaran data global, tanpa mengorbankan kedaulatan data tempatan,” katanya.
Menurut beliau, pendekatan ini mampu mempercepatkan penyelidikan perubatan dan pembangunan ubat, sekali gus menjimatkan masa dan kos secara signifikan.
Mengulas lanjut, Cheam berkata, kelestarian kini menjadi keutamaan strategik, selari dengan dasar negara seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan sasaran Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang semakin ketat.
“Reka bentuk cekap tenaga, penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan infrastruktur tahan iklim bukan lagi pilihan, tetapi keperluan perniagaan,” katanya ketika ditemui pada Selasa.
Beliau menegaskan, kejayaan Malaysia menjelang 2026 bergantung kepada strategi infrastruktur yang mampan, berdaya tahan dan saling berhubung secara global.
Topic Berkaitan
#infrastruktur digital
#Cheam Tat Inn
#Equinix Malaysia
#kecerdasan buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan