awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit cerminan keyakinan pelabur, keupayaan modal insan negara
Cuaca panas, kering di utara negara bukan fenomena luar biasa
Ringgit terus melonjak, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AI kini lebih kreatif berbanding manusia biasa - Kajian

Amanz
Amanz
28/01/2026
11:56 MYT
AI kini lebih kreatif berbanding manusia biasa - Kajian
Sesetengah model, termasuk GPT‑4, bukan sahaja menandingi manusia, malah mengatasi purata skor kreativiti manusia dalam ujian tersebut. -Gambar hiasan/Amanz
BEBERAPA kajian sebelum ini menunjukkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara berlebihan boleh menyebabkan manusia semakin bergantung kepada teknologi dan kurang merangsang fungsi kognitif.
Namun, kajian terbaharu oleh Université de Montréal mendapati AI generatif kini mampu mengatasi tahap kreativiti manusia biasa dalam beberapa ujian tertentu.
Dalam kajian membabitkan lebih 100,000 peserta, model AI seperti ChatGPT, Claude dan Gemini menunjukkan prestasi kukuh dalam tugasan kreativiti seperti Divergent Association Task (DAT), yang menilai kemampuan menghasilkan idea asli dan berbeza.
Sesetengah model, termasuk GPT‑4, bukan sahaja menandingi manusia, malah mengatasi purata skor kreativiti manusia dalam ujian tersebut.
Namun, dapatan kajian turut menegaskan bahawa manusia paling kreatif masih tidak dapat ditandingi AI.
Individu dalam 10% teratas menunjukkan prestasi jauh lebih tinggi dalam tugasan kreatif yang lebih kompleks, termasuk menulis puisi, merumuskan plot filem dan menghasilkan cerita pendek.
AI mungkin mampu menandingi kreativiti asas, tetapi belum dapat menyamai kreativiti bernuansa tinggi yang lazimnya dihasilkan manusia yang benar‑benar berbakat.
Ujian tambahan seperti penulisan haiku, ringkasan plot, dan cerita pendek turut menunjukkan pola yang sama — AI memberi saingan kepada manusia biasa, tetapi kreativiti tahap tinggi kekal menjadi kelebihan manusia.
Kajian berkenaan menegaskan bahawa kreativiti puncak masih merupakan ciri eksklusif manusia.
Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal saintifik Scientific Reports, sekali gus menjadi perbandingan terbesar setakat ini antara kreativiti manusia dan AI generatif moden. -Amanz
Topic Berkaitan
#AI Generatif
#GPT 4
#purata skor kreativiti
#AI atasi manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan