GADGETS
Ini Live Updates di Android 16 – Ciri seakan Live Activities di iPhone

Antara muka Live Updates diperlihatkan semasa Google I/O 2025 melalui aplikasi seperti Waymo, Uber Eats dan Google Maps. -Amanz
GOOGLE mengumumkan ciri Live Updates semasa melancarkan Android 16 Beta pada Januari yang lalu.
Ringkasan AI
- Google mengumumkan ciri Live Updates semasa pelancaran Android 16 Beta pada Januari lalu, diinspirasikan daripada Live Activities di iPhone.
- Antara muka Live Updates diperlihatkan semasa Google I/O 2025 melalui aplikasi seperti Waymo, Uber Eats dan Google Maps, dengan lokasi paparan berbeza mengikut peranti seperti Galaxy S25 yang memaparkannya dalam Now Bar.
- Setakat ini, hanya peranti Oppo di Malaysia menyokong ciri ini secara rasmi melalui kerjasama eksklusif dengan Grab.
Ia diperlihatkan ketika ucap tama Developer Keynote dengan hanya tiga slaid ditunjukkan dengan Live Updates untuk aplikasi Waymo, Uber Eats dan Google Maps.
Terdapat perbezaan lokasi Live Updates pada peranti Pixel dan Galaxy S25. Pada Galaxy S25 ia dimasukkan ke dalam Now Bar di bahagian bawah skrin.
Setakat ini pada peranti Android hanya peranti Oppo mempunyai ciri ini menerusi kerjasama eksklusif bersama Grab di Malaysia.
Ia adalah antara ciri berguna di iOS dan sudah lama saya inginkan pada peranti Android. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami