awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

iPhone 14 dilancarkan di Cupertino

Ibrahim Sani
Ibrahim Sani
07/09/2022
17:51 MYT
iPhone 14 dilancarkan di Cupertino
Cook berkata, Apple begitu teruja untuk memasarkan produk-produk terbaharu keluaran syarikat itu di pasaran global. - Foto Ibrahim Sani/Astro AWANI
CUPERTINO: Apple Inc melancarkan beberapa produk baharu bagi iPhone dan Apple Watch Series 8 untuk musim luruh, tahun ini.
Majlis pelancaran yang dinamakan “Far Out" ini adalah acara bersemuka di Steve Jobs Theater yang terletak di ibu pejabat Apple, di sini, awal pagi Khamis (waktu tempatan).
Acara berkenaan menyaksikan 'kelahiran' siri telefon pintar iPhone14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.
“iPhone, AirPods dan Apple Watch, adalah tumpuan kami hari ini. Kami teruja untuk berkongsi dengan orang ramai tentang perkembangan baharu yang kami akan bawakan ke pasaran," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook.
iPhone 14 didatangkan dengan model asas, model 14 Plus, model 14 Pro dan juga 14 Pro Max.

Sekilas pandang harga iPhone 14:
  • iPhone 14 Pro bermula pada harga RM5,299
  • iPhone 14 Pro Max bermula pada harga RM5,799
  • iPhone 14 (modal asas) bermula dengan harga RM4,199
  • iPhone 14 14 Plus bermula pada harga RM4,699

$249 AirPods Pro 2 pic.twitter.com/WFX5nMEfsn
— Ibrahim Sani (@ibrahimsaninet) September 7, 2022
Apple Watch series 8 pic.twitter.com/ciEFMIwZEC
— Ibrahim Sani (@ibrahimsaninet) September 7, 2022
Turut dilancarkan ialah barisan jam tangan pintar termasuk Apple Watch SE 2, Apple Watch Series 8 dan Apple Watch Ultra
Apple Watch line up 2022/23 pic.twitter.com/MfXQwmKzx8
— Ibrahim Sani (@ibrahimsaninet) September 7, 2022
40meters or 130 feet. Recreational divers!!! pic.twitter.com/CtJdVY2s8I
— Ibrahim Sani (@ibrahimsaninet) September 7, 2022
Apple Watch SE pic.twitter.com/kmkS6zTbSY
— Ibrahim Sani (@ibrahimsaninet) September 7, 2022
Ciri terbaharu Apple Watch Siri 8 pasti akan membuatkan kaum wanita teruja. Dengan ciri 'Sensor Cycle Tracking', jam tangan pintar ini menggunakan sensor suhu untuk kaum wanita mendapatkan waktu yang paling tepat untuk tempoh kitaran ovulasi.
Apple Watch Ultra dijual pada harga RM3,799.
Apple Watch Siri 8 bermula dengan harga RM1,899 manakala Apple Watch SE bermula pada harga RM1,199.
I think the Apple Watch ultra is an Overkill for the most of us Watch 8 is good enough Having said that, I am buying the Ultra regardless
— Ibrahim Sani (@ibrahimsaninet) September 7, 2022
Apple Watch pro (new Product!) pic.twitter.com/MiFiLBL9kO
— Ibrahim Sani (@ibrahimsaninet) September 7, 2022
Antara produk lain yang turut ditunggu-tunggu peminat ialah Airpods Pro 2 yang dilengkapi dengan pelbagai ciri penambahbaikan.
Selain kualiti bunyi lebih baik, Airpods Pro 2 didatangi dengan ciri hayat bateri lebih lama, pembatalan hingar dua kali lebih aktif, pembesar suara tertutup, menukar kelantangan menggunakan kawalan sentuh, dan ia juga kini serasi dengan pengecas Apple Watch.
Acara 'Far Out' yang dihadiri oleh pengamal media dari seluruh dunia turut distrim secara langsung dalam talian.
Topic Berkaitan
#iPhone 14
#Cupertino
#Tim Cooks
#Far Out
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan