GADGETS
Jana satu video AI guna tenaga sama jalankan ketuhar gelombang mikro selama sejam

Laporan turut mendedahkan bahawa tiada ketelusan daripada syarikat AI mengenai penggunaan tenaga sebenar, dan semua anggaran dibuat berdasarkan perkiraan terpelajar, bukan data rasmi. -Amanz
BUKAN rahsia syarikat teknologi utama dunia gagal memenuhi sasaran operasi yang lebih lestari sejak dua tahun kebelakangan ini sejak menawarkan pelbagai perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) generatif.
Ringkasan AI
- Penggunaan AI generatif semakin membebankan alam sekitar kerana ia memerlukan tenaga elektrik dan air penyejukan yang tinggi, namun syarikat teknologi utama masih gagal memenuhi sasaran kelestarian.
- Menurut laporan MIT Technology Review, menjana satu video AI selama 5 saat boleh menggunakan tenaga sebanyak 3.4 juta joule bersamaan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro selama lebih sejam atau menunggang basikal elektrik sejauh 61 km.
- Laporan turut mendedahkan bahawa tiada ketelusan daripada syarikat AI mengenai penggunaan tenaga sebenar, dan semua anggaran dibuat berdasarkan perkiraan terpelajar, bukan data rasmi.
Ini berdasarkan penggunaan AI generatif Code Carbon yang dianggarkan menggunakan 3.4 juta joule untuk menjana video 5 saat pada kadar 30 bingkai sesaat.
Ini juga bersamaan tenaga digunakan untuk menggerakkan sebuah basikal elektrik sejauh 61 kilometer.
Penggunaan tenaga AI generatif menjana video akan semakin meningkat dengan resolusi dan kadar bingkai lebih tinggi di masa depan.
Dalam artikel yang sama bertanya 15 soalan kepada sebuah chatbot, menjana 10 keping gambar dengan AI generatif dan menjana 3 video sepanjang 5 saat dianggarkan menggunakan 2.9 kWh tenaga elektrik bersamaan menjalankan sebuah ketuhar gelombang mikro berterusan selama 3.5 jam.
Yang merisaukan mengenai laporan ini ialah kesemua perkiraan dilakukan berdasarkan anggaran terpelajar dan bukan angka sebenar kerana syarikat AI tidak berkongsi jumlah tenaga elektrik yang digunakan setiap model yang ditawarkan kepada pelanggan. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami