awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prabowo rombak Kabinet, Erick Thohir dan Djamari Chaniago ambil alih portfolio strategik

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
17/09/2025
08:35 MYT
Prabowo rombak Kabinet, Erick Thohir dan Djamari Chaniago ambil alih portfolio strategik
Turut menyertai barisan kabinet baharu Prabowo ialah pesara tentera, Djamari Chaniago sebagai Menko Polkam bagi menggantikan Budi Gunawan - Foto/tangkap layar YouTube Kompas TV
KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto melakukan satu lagi rombakan Kabinet selepas mengambil alih jawatan tertinggi negara, dengan tumpuan kini terarah kepada pelantikan Menteri Koordinator Bidang Politik dan Keamanan (Menko Polkam) serta beberapa portfolio strategik lain.
Upacara pelantikan menteri baharu berlangsung di Kompleks Istana Kepresidenan Jakarta hari ini, dengan menyaksikan Erick Thohir dilantik bagi jawatan Menteri Pemuda dan Olahraga, menggantikan Dito Ariotedjo bagi baki tempoh 2024 hingga 2029.
Turut menyertai barisan kabinet baharu Prabowo ialah pesara tentera, Djamari Chaniago sebagai Menko Polkam bagi menggantikan Budi Gunawan.
Prabowo juga melantik Angga Raka Prabowo sebagai Ketua Badan Komunikasi Pemerintah.
Terdahulu, beberapa tokoh dilihat hadir di Kompleks Istana Kepresidenan Jakarta, termasuk bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Ahmad Dofiri, serta beberapa pegawai kanan kerajaan.
Menteri Dalam Negeri (Mendagri), Tito Karnavian ketika ditemui media tempatan sebelum upacara pelantikan turut mengesahkan bahawa beliau ada mendengar Prabowo dijangka melantik Menko Polkam baharu hari ini.
“Saya hanya dapat undangan sahaja,” kata Tito kepada media, memetik laporan Kompas, sambil menambah beliau tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai pelantikan berkenaan.
Rombakan ini dijangka menjadi antara langkah awal Prabowo dalam menyusun semula pasukan pentadbirannya menjelang tahun pertama pemerintahan.
Minggu lalu, Prabowo melakukan Kabinet Merah Putih dengan pelantikan baharu dalam Kementerian Kewangan, Kementerian Perlindungan Pekerja Migran dan Kementerian Koperasi.
Topic Berkaitan
#rombakan kabinet Indonesia
#Prabowo Subianto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan