Insiden berkaitan jenayah siber dijangka mencecah 10,000 kes menjelang hujung tahun ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Madius Tangau berkata, peningkatan ini adalah kerana kekurangan kesedaran rakyat berhubung isu keselamatan alam maya.
"Kalau dulu, ancaman alam sekitar menjadi perkara yang diberi perhatian, cabaran kini juga termasuklah ancaman siber.
"'Apa yang berlaku dalam negara ini, kesedaran rakyat masih rendah. Kita ada jalankan kempen cybersafe dan ia akan berterusan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Persidangan Pengurusan Kesinambungan Perniagaan (BCM) Serantau di sini, hari ini.
Katanya, pensijilan kemahiran keselamatan maya seperti yang dianjurkan MOSTI dengan kerjasama Disaster Recovery Institute (DRI) International dapat mengurangkan pengurusan bencana negara.
Tiga kategori jenayah siber yang paling tinggi dicatatkan ialah penipuan, pencerobohan dan serangan malware.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, Dr Amirudin Abdul Wahab memberitahu, kesedaran ini penting bagi mengelak bencana yang lebih besar kepada negara.
"Cybersecurity bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengurus ancaman siber yang risikonya kian meningkat.
"Bayangkan jika berlaku serangan siber ke atas sektor kritikal negara, pihak kami akan berusaha mencari jalan bagi mengurangkan kesan daripada serangan ini ," katanya.
Persidangan Pengurusan Kesinambungan Perniagaan (BCM) Serantau menjadi platform penting dalam mencakna pengetahuan terutamanya dalam hal keselamatan melalui pendidikan, perkongsian pengetahuan serta pensijilan oleh DRI International.
Hilal Azmi
Tue Aug 23 2016

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Madius Tangau berkata, peningkatan ini adalah kerana kekurangan kesedaran rakyat berhubung isu keselamatan alam maya. - Gambar fail

Dewan Negara bahas usul isu LCS petang ini
Dewan Negara akan membahaskan usul berkaitan isu Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) pada persidangan petang ini. Speaker Tan Sri Dr Rais Yatim berkata ia bersifat tertentu, berkepentingan orang ramai dan berkehendak disegerakan.

AWANI Ringkas: LCS: Bekas Panglima TLDM didakwa pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRU15: UMNO Alor Setar yakin rampas semula dua kerusi DUN
Dua DUN berkenaan adalah Suka Menanti dan Alor Mengkudu yang telah dimenangi PH dalam PRU14.

Dua lelaki rempuh SJR dikejar sejauh 36 kilometer
Suspek turut melanggar pembahagi jalan dan tiang lampu isyarat menyebabkan kenderaan tersebut berpusing satu kali.

Pembinaan litar kurang dapat sambutan orang muda sebelum ini
Mengenai cadangan pembinaan litar, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yassin berkata mengikut maklumat beberapa negeri sebelum ini, ia kurang mendapat sambutan orang muda dan belia.

Mat rempit: Kenakan tindakan terhadap penonton akan dibawa ke Parlimen
Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yassin berkata cadangan kenakan tindakan terhadap penonton lumba haram serta bengkel aksesori motosikal berkemungkinan akan dibawa ke Parlimen pada Oktober ini.

JHEAINPP buat siasatan menyeluruh terhadap kedai nasi ayam
Jurucakap JHEAINPP berkata, pihaknya akan membuat semakan terperinci pada Selasa berhubung dakwaan tersebut.

Tanggal papan tanda, cari alternatif lain promosi sejarah 'Battle of Kampar'
Tanggal papan tanda: Akur dengan keputusan, cari alternatif lain promosi sejarah Battle of Kampar

PRU15: UMNO bertegas mahukan kerusi Parlimen Alor Setar daripada MCA
Prestasi yang ditunjukkan MCA yang tumpas dalam beberapa siri PRU sebelum ini juga wajar diberikan pertimbangan.

Kenapa masih kena guna pas masuk Sabah dan Sarawak - Razali
Senator Razali Idris tanya sama ada kerajaan berhasrat untuk menghapuskan pas bagi memudahkan rakyat Semenanjung masuk ke Sabah dan Sarawak

Tan Sri Zulkifeli dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Cybersecurity Malaysia
Beliau menggantikan Jeneral (B) Tan Sri Panglima Mohd Azumi Mohamad yang bersara pada 30 Jun lalu.

Pemulih SiberKASA jadi agenda lahirkan 20,000 bakat keselamatan siber menjelang 2024
Pemulih SiberKASA: Program Latihan Kemahiran Keselamatan Siber menjadi antara pengerak agenda untuk melahirkan 20,000 bakat dalam bidang keselamatan siber menjelang 2024.

Pemasangan makmal ujian keselamatan siber 5G bagi fasa pertama telah dimulakan
Makmal Ujian Keselamatan Siber 5G itu adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dan akan dilancarkan pada akhir tahun ini.

Malaysia diberi kepercayaan terajui APCERT - CyberSecurity Malaysia
Malaysia sekali lagi diberi kepercayaan menerajui APCERT yang merupakan platform negara di rantau ini menangani ancaman dan serangan siber.

KKMM, CyberSecurity Malaysia komited perkukuh keselamatan ruang siber negara
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersama agensinya CyberSecurity Malaysia sentiasa bertindak secara proaktif dan komited bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan ruang siber negara.

Kesedaran keselamatan siber rakyat Malaysia masih rendah - Zahidi
Tahap kesedaran keselamatan siber dalam kalangan rakyat di negara ini masih rendah sehingga ramai menjadi mangsa jenayah siber.

Lebih 1,000 peluang pekerjaan dibuka di CyberSecurity Malaysia Job Fair
Amiruddin berkata peluang pekerjaan dalam industri siber itu ditawarkan sejumlah 16 syarikat.

Keselamatan siber ditingkatkan secara berfasa elak penggodam, penipu curi data
Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang berusaha meningkatkan keselamatan siber secara berfasa untuk membendung kegiatan penggodam, penipu dan pencuri data peribadi.

Malaysia dipilih semula sebagai Pengerusi APCERT bagi 2020-2021
Sebagai Pengerusi, CyberSecurity Malaysia menggalakkan lebih banyak penglibatan anggota untuk bergerak ke hadapan.

Bekas Ketua Audit Negara terima anugerah dari CyberSecurity Malaysia
Iktiraf sumbangan cemerlang Tan Sri Dr Madinah Mohamad kepada negara dan pembangunan sektor keselamatan siber tempatan.