awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaspersky gesa perniagaan guna pakai teknologi AI dalam operasi mereka

Bernama
Bernama
24/08/2023
20:40 MYT
Kaspersky gesa perniagaan guna pakai teknologi AI dalam operasi mereka
Perniagaan amat digalakkan mengguna pakai AI untuk operasi kerana ia akan meningkatkan langkah-langkah keselamatan siber bagi melindungi organisasi mereka. - Gambar hiasan
BALI: Perniagaan amat digalakkan mengguna pakai kecerdasan buatan (AI) untuk operasi kerana ia akan meningkatkan langkah-langkah keselamatan siber bagi melindungi organisasi mereka, kata Pengarah Urusan Kaspersky Asia Pasifik (Apac) Adrian Hia.
Memetik laporan daripada International Market Analysis Research and Consulting Group, Hia berkata, saiz pasaran AI di Asia Pasifik dijangka berkembang empat kali ganda kepada AS$87.6 bilion (AS$1=RM4.64) menjelang 2028.
Saiz pasaran AI Asia Pasifik kini berjumlah AS$22.1 bilion memandangkan rantau itu berada di barisan hadapan dalam revolusi AI.
Menurut Hia, kajian terbaharu oleh International Data Corporation juga mengunjurkan perbelanjaan AI untuk rantau Apac dijangka mencecah AS$49.2 bilion menjelang 2026.
Beliau menyatakan, syarikat menyedari cara untuk memanfaatkan kuasa AI bagi meningkatkan kecekapan aset, memperbaiki kualiti produk, dan juga memperkemas rantaian bekalan mereka dalam menjana keuntungan yang lebih baik.
"China, Australia dan India merupakan tiga peneraju utama dalam perbelanjaan AI di seluruh rantau ini, dan saya percaya lebih banyak negara akan mengikut mereka bagi memanfaatkan AI dalam perniagaan.
"Ini menjadikannya matang untuk kami melakarkan pelan hala tuju yang selamat pada masa sekarang apabila melibatkan pelaksanaan dan penggunaan AI di Apac bagi memastikan kami memperoleh kelebihannya tanpa menjejaskan keselamatan siber," katanya pada persidangan Hujung Minggu Keselamatan Siber Kaspersky 2023, di sini, pada Khamis.
Hia menambah, majoriti perusahaan Apac akan mengguna pakai AI untuk kesemua teknologi perniagaan dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan pergantungan pada kemahiran teknikal.
Dalam pada itu, beliau menyatakan, penggunaan AI yang meningkat di rantau ini menyebabkan ancaman siber juga semakin meningkat, dengan purata 400,000 serangan baharu yang berniat jahat dikesan oleh Kaspersky setiap hari.
"Malangnya, orang jahat pada hari ini juga menggunakan pembelajaran mesin dan AI untuk melakukan benda yang salah.
"Di Kaspersky, 90 peratus daripada semua ancaman yang kami kesan juga dikurangkan oleh mesin yang menggunakan teknologi AI. Inilah sebabnya sebagai sebuah syarikat keselamatan siber global, kami juga perlu menggunakan kuasa AI," tambahnya.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kaspersky
#kecerdasan buatan
#teknologi AI
#AI Asia Pasifik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan