Kerjasama Apple-Google: Siri dan Apple Intelligence akan dikuasakan model berasaskan Google Gemini

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah perkara baharu yang akan dibawakan oleh Apple melalui model berasaskan Google Gemini ini.
APPLE dan Google pada Isnin mengumumkan kerjasama strategik dan menyatakan bahawa Apple Foundation Model akan berasaskan kepada teknologi Google Gemini.
Model ini akan digunakan oleh Apple dalam menguasakan Apple Intelligence dan juga Siri generasi baharu yang dijangka diperkenalkan tahun ini.
Apple dilihat memilih teknologi AI oleh Google selepas melakukan penilaian menyeluruh, melihat kepada keupayaan, serta lain-lain faktor.
Turut ditegaskan, Apple Intelligence akan beroperasi pada peranti Apple melalui Private Cloud Compute, sambil menekankan kepada sokongan privasi.
Apple sebelum ini telah mengumumkan Apple Intelligence dan juga Siri generasi baharu sekitar dua tahun lepas.
Namun, mereka menghadapi cabaran teknikal dan menangguhkan pengenalannya.
Kini, selepas dua tahun, nampaknya Apple memilih Google dalam menguasakan sokongan teknologi kecerdasan buatan, sekaligus membolehkan pelbagai ciri baharu pada Apple Intelligence dan Siri dijayakan dan diperkenalkan kepada pengguna.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah perkara baharu yang akan dibawakan oleh Apple melalui model berasaskan Google Gemini ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


