GADGETS
LIMA' 25: RIBAT simbol kejayaan syarikat tempatan, mercu baharu pertahanan negara

Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan RIBAT, kenderaan taktikal ringan mobilti tinggi (HMLTV) pertama pada Selasa. - Gambar/ Bernama
LANGKAWI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan RIBAT, kenderaan taktikal ringan mobilti tinggi (HMLTV) pertama pada Selasa yang direka dan dibina sepenuhnya oleh syarikat tempatan, MILDEF International Technologies Sdn Bhd (MILDEF).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MILDEF, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa berkata ia dibina dengan spesifikasi untuk rondaan dan konvoi serta operasi khas yang menepati piawaian antarabangsa.
"Pada kami (MILDEF), RIBAT adalah produk kami yang terbaik.
“Ia membuktikan bahawa syarikat tempatan mampu memberi perkhidmatan mengeluarkan produk tentera, sesuai untuk diguna pakai di dalam dan luar negara,” katanya.Hasil inovasi MILDEF ini dilancarkan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabang Langkawi (LIMA) 2025, menjulang nama Malaysia sebagai negara pengeluar sistem pertahana darat yang bukan sahaja berdikari, malah diyakini di peringkat serantau dan antarabangsa.
RIBAT dibangunkan sepenuhnya oleh jurutera tempatan di fasiliti MILDEF di Seremban dan Sepang.
"Ia adalah manifestasi dasar kerajaan yang menyokong ekosistem pertahanan yang berdikari, mampan, dan kos efektif," ujarnya.
Pelancaran turut disusuli pemeteraian Memorandun Persefahaman (MoU) antara MILDEF dan syarikat pertahanan Indonesia, PT PINDAD, membuka ruang kerjasama eksport, pemindahan teknologi dan integrasi sistem pertahanan antara dua negara serantau.
Kerjasama dengan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi (STRIDE) di bawah Kementerian Pertahanan memperkukuh penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam negara memacu pembangunan dua lagi platform kenderaan taktikal buatan tempatan.
MILDEF juga dijangka memeterai kontrak pembekalan 136 unit Tarantula kepada Tentera Darat Diraja Malaysia, memperkukuh keyakinan kerajaan terhadap industri pertahanan negara.
Dengan pelancaran ini, RIBAT bukan sahaja menjadi simbol kekuatan dan keupayaan teknologi pertahanan negara, tetapi juga lambang semangat patriotisme dan kebanggaan nasional.
Nama RIBAT sendiri membawa makna tinggi iaitu berkawal mempertahankan tanah air berteraskan iman, keberanian dan inovasi teknologi anak bangsa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami