GADGETS
Linda Yaccarino letak jawatan CEO X

Yaccarino (foto) menyatakan penghargaan terhadap peluang yang diberikan dan Elon Musk turut mengucapkan terima kasih atas sumbangannya. -Amanz
ERA X di bawah pimpinan CEO Linda Yaccarino tamat secara mengejut lewat malam semalam selepas beliau mengumumkan peletakan jawatan menerusi akaun peribadi beliau.
Ringkasan AI
- Linda Yaccarino meletak jawatan secara mengejut sebagai CEO X tanpa memberikan sebab, sehari selepas kontroversi melibatkan Grok yang memuat naik kandungan pro Nazi.
- Yaccarino menyatakan penghargaan terhadap peluang yang diberikan dan Elon Musk turut mengucapkan terima kasih atas sumbangannya.
- Peletakan jawatan berlaku ketika X berdepan tekanan reputasi dan persaingan daripada Threads, serta dalam fasa penggabungan dengan syarikat AI Musk, xAI.
Walaupun Yaccarino tidak memberikan sebab beliau meninggalkan X secara tergesa-gesa, muncul spekulasi ia berkait dengan isu Grok yang memberikan jawatan pro Nazi di X awal pagi semalam dan menggelarkannya dirinya MechaHitler secara tiba-tiba.
Walaupun banyak syarikat kembali mengiklankan produk di X bagi mengelakkan disaman, pendapatan syarikat masih belum pulih ke tahap sebelum ia dibeli oleh Musk.
Pada waktu ini jumlah pengguna Threads semakin hampir menyamai X kerana berlaku penghijrahan besar-besaran ke platform alternatif.
Ketika artikel ditulis Elon Musk belum memberikan kenyataan dan pengganti Yaccarino juga belum diumumkan. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami