GADGETS
Malaysia Airlines perkenal 'Maya', kru kabin digital dikuasakan AI

Maya memahami soalan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi setakat ini hanya menjawab dalam bahasa Inggeris dan masih dalam fasa awal pembangunan. -Amanz
MALAYSIA Airlines hadir dengan penawaran kru kabin dikuasakan kecerdasan buatan, dinamakan sebagai Maya.
Ringkasan AI
- Malaysia Airlines perkenal Maya, kru kabin digital berasaskan kecerdasan buatan yang boleh menjawab pertanyaan penumpang dalam penerbangan.
- Maya memahami soalan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi setakat ini hanya menjawab dalam bahasa Inggeris dan masih dalam fasa awal pembangunan.
- Malaysia Airlines menjadi antara syarikat penerbangan terawal memperkenalkan kru kabin AI, dengan potensi pelbagai variasi watak digital pada masa depan.
Buat masa ini, tidak diketahui lagi bilakah integrasi menyeluruh dalam penerbangan akan dilaksanakan.
Melalui demo yang dipertontonkan, Maya boleh menjawab dalam bahasa Inggeris, tetapi memahami persoalan yang diajukan dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
Ia masih pada peringkat awal, dan dilihat akan terus ditambah baik dari hari ke hari, apatah lagi dengan penggunaan kecerdasan buatan, ia akan boleh mempelajari daripada pelbagai pertanyaan pengguna.
Tidak mustahil juga kita melihat pelbagai variasi watak kru kabin digital berbeza ditawarkan pada masa akan datang. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami