awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MEASAT-3d: Malaysia mungkin capai 100 peratus liputan jalur lebar - Annuar Musa

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
23/06/2022
00:50 MYT
MEASAT-3d: Malaysia mungkin capai 100 peratus liputan jalur lebar - Annuar Musa
Pelancaran satelit MEASAT-3d memungkinkan negara untuk mencapai liputan jaringan jalur lebar sehingga 100 peratus sebelum tahun 2025, ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Pelancaran satelit MEASAT-3d memungkinkan negara untuk mencapai liputan jaringan jalur lebar sehingga 100 peratus sebelum tahun 2025, ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Dalam masa sama katanya, ia bakal meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar selaras dengan rantaian gentian optik.
"Pelancaran hari ini ada dua aspek yang penting. Pertama, memungkinkan kita mencapai liputan 100 peratus bagi semua kawasan berpenduduk bagi tahun 2025. Beberapa bulan lagi kita sudah boleh guna perkhidmatan ini.
"Kedua, kita boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar menjadikan perkhidmatan high speed seperti mana kita gunakan rantaian gentian optik yang dilaksanakan di kawasan maju," katanya kepada media selepas menyaksikan pelancaran MEASAT-3d di Dagangan Dunia Putra (WTC) di sini pada Khamis.
MEASAT-3d akan lengkapkan program jaringan digital - Annuar Musa
BACA: Satelit MEASAT-3d berjaya dilancarkan
Pelancaran satelit MEASAT-3d juga disifatkan sebagai detik bersejarah kepada negara dalam usaha menjayakan sepenuhnya Pelan Digital Negara atau Mydigital.
Beliau berkata ia sekali gus akan melengkapkan program jaringan digital yang dilaksanakan ketika ini.
"Walaupun kita mempunyai jangkaan liputan yang boleh mencapai 97 peratus di bawah Program Jendela 1, yang menghubungkan kawasan berpenduduk dengan kaedah jaringan gentian optik.
"Namun terdapat 3 peratus lagi kawasan-kawasan pedalaman yang tidak dapat sambung dengan jaringan optik. Kawasan ini pastinya kena guna satelit.
"Lazimnya sekarang ini teknologi satelit sedia ada memberikan jaringan jalur lebar yang rendah, kelajuan rendah, kebanyakan 5 megabit persaat (mbps).
"Namun MEASAT-3d berkeupayaan tingkat jalur lebar sehingga 100 megabit persaat. Maknanya, siapa di pedalaman akan guna pengalaman sama di bandar, ini perkembanan yang sangat baik," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Tan Sri Annuar Musa
#Malaysia
#MEASAT-3d
#Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan