GADGETS
Mesin layan diri berkuasa sel hidrogen dilancarkan di Jepun

Mesin layan diri berkuasa sel hidrogen dibangunkan oleh Fuji Electric, tidak memerlukan sambungan elektrik dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida. -Amanz
MESIN layan yang menjual produk dipercayai telah dicipta pada kurun ke-18 untuk menjual tembakau. Ia menjadi semakin popular awal kurun ke-20 bagi tujuan menjual minuman dalam tin dan juga rokok.
Ringkasan AI
- Mesin layan diri berkuasa sel hidrogen dibangunkan oleh Fuji Electric, tidak memerlukan sambungan elektrik dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida.
- Mesin ini akan diperlihatkan kepada orang ramai di Osaka-Kansai Expo 2025, hasil kerjasama dengan Coca Cola.
- Ekspo ini juga akan mempamerkan teknologi baharu seperti mesin basuh manusia dan jentolak elektrik bawah laut.
Mesin layan diri berkuasa sel hidrogen dibangunkan oleh Fuji Electric dengan ia tidak memerlukan sambungan kepada palam elektrik seperti mesin konvensional.
Terdapat katrij sel hidrogen yang akan membekalkan kuasa elektrik yang diperlukan. Dengan ini mesin boleh diletakkan di mana-mana sahaja tanpa perlu sambungan kepada sumber kuasa.
Selain itu penggunaan kuas hidrogen turun mengurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 60% oleh mesin ketika beroperasi.
Fuji Electric telah bekerjasama dengan Coca Cola untuk menghasilkan mesin ini dengan ia akan diperlihatkan kepada orang ramai ketika acara Osaka-Kansai Expo 2025 yang akan berlangsung bermula bulan depan.
Ekspo ini akan menjadi tempat pelbagai teknologi baharu diperlihatkan seperti mesin basuh manusia dan jentolak elektrik beroperasi bawah laut yang kami laporkan sebelum ini. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami