Skip to main content

Teknologi

Microsoft perkenal Xbox Cloud Playtime tanpa langganan Game Pass

Perkhidmatan baharu yang dikenali sebagai Xbox Cloud Playtime itu membolehkan pemain mengakses penstriman permainan video tanpa perlu melanggan Game Pass secara bulanan. -Gambar Amanz
Perkhidmatan baharu yang dikenali sebagai Xbox Cloud Playtime itu membolehkan pemain mengakses penstriman permainan video tanpa perlu melanggan Game Pass secara bulanan. -Gambar Amanz

Advertisement

Ringkasan AI

  • Microsoft memperkenalkan Xbox Cloud Playtime, membolehkan pemain membeli masa penstriman permainan tanpa perlu melanggan Xbox Game Pass bulanan.
  • Perkhidmatan ini akan dilancarkan secara meluas pada November 2026, dengan harga bermula AS$3.99 untuk 10 jam permainan.
  • Langkah ini turut memperkenalkan had masa penstriman bulanan untuk pelanggan Game Pass, dengan kuota tambahan boleh dibeli jika diperlukan.

PERKHIDMATAN penstriman Xbox Cloud Gaming kini tidak lagi terhad kepada pelanggan pelan langganan Xbox Game Pass susulan langkah terbaharu Microsoft memperkenalkan model penstriman berasaskan pembelian jam permainan.

Perkhidmatan baharu yang dikenali sebagai Xbox Cloud Playtime itu membolehkan pemain mengakses penstriman permainan video tanpa perlu melanggan Game Pass secara bulanan, lapor Amanz.

Perkhidmatan itu dijadual dilancarkan secara meluas pada November 2026, manakala ahli program Xbox Insider yang terpilih boleh mula mengujinya hari ini.

Menerusi harga pengenalan yang diumumkan, pakej masa penstriman itu ditawarkan pada kadar AS$3.99 (kira-kira RM17) bagi tempoh 10 jam permainan, AS$7.99 (kira-kira RM35) untuk 25 jam dan AS$11.99 (kira-kira RM53) bagi kuota 50 jam.

Kuota masa yang dibeli tidak mempunyai tarikh luput dan kekal aktif sehingga digunakan sepenuhnya.

Langkah itu turut hadir seiring penstrukturan semula pelan langganan sedia ada. Bermula November depan, Microsoft akan memperkenalkan had masa penstriman bulanan bagi pelanggan Game Pass.

Pelanggan Xbox Game Pass Ultimate akan diperuntukkan 15 jam sebulan, manakala pelanggan Game Pass Premium menerima 10 jam dan Game Pass Essential lima jam sebulan.

Pengguna perlu membeli pakej masa tambahan sekiranya kuota bulanan tersebut habis digunakan.

Inisiatif terbaharu Microsoft itu turut membolehkan pemilik konsol legasi seperti Xbox One menstrim dan memainkan judul permainan generasi baharu yang dibangunkan untuk Xbox Series X dan Xbox Series S tanpa perlu menaik taraf perkakasan mereka serta-merta.

Microsoft berkata pengenalan had masa dan pengasingan perkhidmatan kendiri itu dibuat berikutan peningkatan kos operasi infrastruktur pengkomputeran awan susulan pertambahan pengguna global yang bermain untuk tempoh lebih lama.

Gergasi teknologi itu dijangka mengumumkan butiran lanjut mengenai senarai penuh permainan yang disokong serta pasaran antarabangsa lain yang bakal menerima perkhidmatan berkenaan menjelang pelancaran rasminya pada November ini.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah perubahan utama yang diumumkan Microsoft untuk perkhidmatan Xbox Cloud Gaming? 
    A: Microsoft memperkenalkan model penstriman berasaskan pembelian jam permainan yang membolehkan pengguna mengakses Xbox Cloud Gaming tanpa perlu melanggan Game Pass secara bulanan.
  • Q: Bilakah perkhidmatan Xbox Cloud Playtime akan dilancarkan secara meluas? 
    A: Perkhidmatan Xbox Cloud Playtime dijadual dilancarkan secara meluas pada November 2026, namun ahli program Xbox Insider terpilih boleh mula mengujinya sekarang.
  • Q: Berapakah harga pakej masa penstriman yang ditawarkan untuk Xbox Cloud Playtime? 
    A: Pakej masa penstriman ditawarkan pada harga AS$3.99 (kira-kira RM17) untuk 10 jam, AS$7.99 (kira-kira RM35) untuk 25 jam, dan AS$11.99 (kira-kira RM53) untuk 50 jam.
  • Q: Adakah kuota masa yang dibeli mempunyai tarikh luput? 
    A: Kuota masa yang dibeli tidak mempunyai tarikh luput dan kekal aktif sehingga digunakan sepenuhnya.
  • Q: Apakah sebab Microsoft memperkenalkan had masa dan pengasingan perkhidmatan kendiri untuk Xbox Cloud Gaming? 
    A: Microsoft memperkenalkan had masa dan pengasingan perkhidmatan kendiri kerana peningkatan kos operasi infrastruktur pengkomputeran awan akibat pertambahan pengguna global yang bermain untuk tempoh lebih lama.

Must Watch Video

Advertisement