GADGETS
Midjourney kini boleh jana video daripada gambar

Midjourney kini menawarkan perkhidmatan menjana video berdasarkan imej yang diberikan pengguna, menggunakan model AI baharu bernama Video Model V1. -Amanz
MIDJOURNEY kini menawarkan perkhidmatan menjana video berdasarkan imej yang diberikan pengguna.
Ringkasan AI
- Midjourney kini menawarkan perkhidmatan menjana video berdasarkan imej yang diberikan pengguna, menggunakan model AI baharu bernama Video Model V1.
- Pengguna boleh menjana klip video sepanjang 5 saat dengan kos 8 kali ganda berbanding janaan imej, dan video boleh dipanjangkan sebanyak 4 saat sehingga empat kali jika diperlukan.
- Walaupun model ini menyokong pergerakan kamera dinamik dan pengekalan kedudukan kamera, ia belum menyokong janaan audio seperti yang ditawarkan oleh Google Veo 3 dan Meta Movie Gen.
Model V1 kini boleh digunakan oleh pelanggan dan ia hadir dengan beberapa mod janaan generatif.
Video boleh dijana menerusi imej yang dijana di dalam Midjourney atau dimuat naik sendiri oleh pengguna.
Pengguna kemudian hanya perlu memasukkan prom arahan untuk ia diproses.
Terdapat ciri terbina yang mengekalkan kedudukan kamera dan tetapan pergerakan kamera yang lebih dinamik.
Video yang dijana boleh dipanjangkan sebanyak 4 saat sebanyak 4 kali sekiranya dirasakan terlalu pendek.
Sungguhpun begitu, tidak seperti Google Veo 3 dan Meta Movie Gen, Video Model V1 tidak boleh menjana video dengan audio yang berpadanan. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami