KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan Pembangunan Ekuiti Sdn Bhd (PESB) hari ini menandatangani perjanjian bersama Biogenes Technologies Sdn Bhd (Biogenes) bagi pengkomersialan teknologi aptamer.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammad Hazani Hassan berkata, perjanjian itu menyaksikan Biogenes menjadi syarikat pemula pertama berjaya melengkapkan Dana 1 Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) yang dibangunkan pada 2020.
Kata Mohammad Hazani, kejayaan itu juga membolehkan Biogenes menguji penyelesaian diagnostik penjagaan kesihatannya menggunakan sampel sebenar dan akan terus dibiayai di bawah Dana 3 NTIS yang disediakan di bawah MTDC.
“Kami berbangga mengumumkan bahawa Biogenes ialah syarikat pemula pertama yang berjaya melengkapkan Dana 1 NTIS dan akan terus dibiayai di bawah Dana 3 NTIS.
"MTDC juga berbangga terhadap Biogenes yang akan terus mengkomersialkan diagnostik penjagaan kesihatannya di Asia Tenggara melalui perjanjian dengan PESB,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau menambah, sejak penubuhannya pada 2020, NTIS telah menerima banyak permohonan melibatkan pelbagai teknologi.
“Ini menunjukkan bahawa terdapat pasaran besar terhadap bakat dan teknologi tempatan yang perlu digilap. Setakat ini, MTDC telah meluluskan pembiayaan kepada 98 buah syarikat,” katanya.
Beliau berkata, NTIS merupakan inisiatif utama di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) untuk mempercepat dan mentransformasi negara ke arah berteknologi dan berpendapatan tinggi.
Sementara itu, Ketua Strategi PESB, Ariivazhagan Supramaniam berkata, pihaknya sentiasa komited melabur ke dalam syarikat inovatif dalam bidang bioteknologi.
“Kami telah mendapat keyakinan pelabur dan mempunyai mandat yang jelas untuk pelaburan.
“Kami sangat percaya bahawa Biogenes mampu menembusi pasaran yang besar dan menyokong pertumbuhan mereka dalam menjadi status unicorn. Pada asasnya, PESB memilih pemenang dan kami percaya telah menemuinya menerusi Biogenes,” ujarnya.
Di samping itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Biogenes menyifatkan sokongan serta keyakinan yang diberikan PESB mampu mengembangkan operasi syarikat, sekali gus menjana pendapatan.
“Melalui sokongan ini, Biogenes akan melabur ke dalam fasiliti pembuatan gred perubatan, memajukan portfolio teknologi dan memperluas jangkauan jualan ke rantau Asia Tenggara serta dunia.
“Kami menyasarkan untuk mempunyai kapasiti menghasilkan 10 juta kit ujian setahun dan membawa era baharu dalam penyelesaian diagnostik berasaskan aptamer.
“Ia akan mengendalakan diagnostik antibodi semasa dengan kos yang lebih rendah, stabil dan lebih tepat,” katanya lagi.
Ehsan A Marisah
Tue Jan 17 2023

Mohammad Hazani (tengah) berkata, perjanjian itu menyaksikan Biogenes menjadi syarikat pemula pertama berjaya melengkapkan Dana 1 Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) yang dibangunkan pada 2020. - Foto MTDC

Disney umum buang 7,000 pekerja
SYARIKAT Walt Disney mengumumkan penstrukturan semula secara menyeluruh dengan memberhentikan 7,000 pekerja di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif, Bob Iger.

UEM Sunrise gagal muktamad pembelian tanah bernilai RM384 juta berhampiran KLCC
Nipponkey Sdn Bhd akan membayar balik deposit kepada Lucky Bright Star, termasuk sebarang faedah terakru, dalam tempoh 14 hari.

Gempa Turkiye: Saya masih trauma - Pelajar Malaysia
Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di Universiti Gaziantep berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen.

Tiada penyelewengan wang zakat MAINS - SPRM
Siasatan berhubung isu berkenaan telah selesai pada 2019 dan mendapati tidak menemukan jenayah rasuah.

Pantau Kerajaan Baharu | Impak Lawatan PM Ke Thailand

Jo Ghani desak Goldman Sachs segera bayar hutang 1MDB kepada kerajaan Malaysia
Perjanjian antara bank pelaburan AS dan kerajaan Muhyiddin menjangkakan Malaysia menerima jumlah itu dalam aset 1MDB menjelang 2025.

AWANI Ringkas: Menu Rahmah tidak libatkan perbelanjaan kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

14 maut trak menyeludup migran terbalik
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Ibu lapor polis guru dorong anak masuk Islam
Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini dan beberapa orang saksi telah dirakam percakapan.

Banjir: 273 mangsa masih berlindung di lapan PPS
Sebanyak 273 mangsa banjir masih berada di lapan PPS di tiga negeri yang terjejas setakat 8 pagi ini.

MTDC terus komited biaya Biogenes komersial teknologi aptamer melalui Dana 3 NTIS
Ia membolehkan Biogenes menguji penyelesaian diagnostik penjagaan kesihatannya menggunakan sampel sebenar.