awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netflix perluas penstriman permainan video, lancar antara muka baharu tahun ini

Amanz
Amanz
21/01/2026
11:41 MYT
Netflix perluas penstriman permainan video, lancar antara muka baharu tahun ini
Sebanyak 14 permainan boleh diakses melalui platform Netflix. -Foto Amanz
NETFLIX, yang mula menguji ciri penstriman permainan video sejak 2023 di beberapa negara terpilih, kini bersedia memperluaskan penawaran tersebut kepada lebih ramai pelanggan.

Ringkasan AI
  • Netflix mula menguji ciri penstriman permainan video sejak 2023 di beberapa negara terpilih dan akan memperluaskannya kepada lebih ramai pelanggan.
  • Ketua Pegawai Eksekutif bersama, Greg Peters, mengumumkan perkara ini selepas pembentangan laporan kewangan suku keempat 2025.
  • Sebanyak 14 permainan boleh diakses melalui platform Netflix.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif bersama, Greg Peters, semasa sesi soal jawab selepas pembentangan laporan kewangan suku keempat (Q4) 2025.
Setakat ini, sekitar 14 permainan boleh distrim melalui platform berkenaan.
Tahun ini, Netflix turut merancang untuk menawarkan permainan FIFA baharu. Walaupun Peters tidak mendedahkan tarikh pelancaran rasmi, acara Piala Dunia 2026 yang bermula Jun nanti memberi petunjuk bahawa permainan tersebut berkemungkinan diperkenalkan sekitar temasya bola sepak terbesar dunia itu.
Selain perkembangan dalam arena permainan video, Peters turut memaklumkan bahawa antara muka aplikasi Netflix di telefon pintar akan menerima kemas kini baharu tahun ini.
Tahun lalu, penambahbaikan antara muka telah dilancarkan untuk aplikasi TV, dan kini fokus beralih kepada pengguna peranti mudah alih.
Antara muka baharu itu dikatakan lebih mesra kandungan menegak, khususnya untuk format video podsiar, dan Netflix sedang menguji versi awal sebelum melancarkannya kepada semua pengguna. -Amanz

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Netflix, Greg Peters, berkaitan dengan penstriman permainan video? A: Greg Peters mengumumkan bahawa Netflix akan memperluaskan penawaran penstriman permainan video kepada lebih ramai pelanggan selepas menguji ciri tersebut sejak 2023.
  • Q: Berapakah jumlah permainan yang boleh diakses melalui platform Netflix setakat ini? A: Sebanyak 14 permainan boleh diakses melalui platform Netflix pada masa ini.
  • Q: Apakah permainan yang Netflix rancang untuk ditawarkan tahun ini, dan apakah petunjuk tarikh pelancarannya? A: Netflix merancang untuk menawarkan permainan FIFA baharu, dengan petunjuk bahawa permainan tersebut mungkin diperkenalkan sekitar Piala Dunia 2026 yang bermula Jun nanti.
  • Q: Apa yang dinyatakan oleh Greg Peters berkenaan dengan antara muka aplikasi Netflix di telefon pintar? A: Greg Peters menyatakan bahawa antara muka aplikasi Netflix di telefon pintar akan menerima kemas kini baharu tahun ini dan sedang menguji versi awal sebelum pelancaran kepada semua pengguna.
  • Q: Apa yang dikatakan berkenaan dengan antara muka baru aplikasi Netflix untuk pengguna peranti mudah alih? A: Antara muka baharu aplikasi Netflix dikatakan lebih mesra kandungan menegak, terutamanya untuk format video podsiar, dan sedang diuji sebelum dilancarkan kepada semua pengguna.

Topic Berkaitan
#Netflix
#penstriman permainan video
#Piala Dunia
#Greg Peters
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan