awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nintendo Switch 2 terjual 3.5 juta unit empat hari selepas dilancarkan

Amanz
Amanz
11/06/2025
04:20 MYT
Nintendo Switch 2 terjual 3.5 juta unit empat hari selepas dilancarkan
Nintendo Switch 2 mencatat jualan luar biasa sebanyak 3.5 juta unit dalam masa empat hari, menjadikannya konsol paling laris dalam sejarah Nintendo. -Amanz
KONSOL Nintendo Switch 2 dilancarkan pada 6 Jun lalu di Amerika Syarikat, China, Jepun, Kanada, Korea Selatan dan UK.

Ringkasan AI
  • Nintendo Switch 2 dilancarkan pada 6 Jun 2025 di beberapa negara utama dan mencatat jualan luar biasa sebanyak 3.5 juta unit dalam masa empat hari, menjadikannya konsol paling laris dalam sejarah Nintendo.
  • Konsol ini hadir dengan spesifikasi tinggi termasuk skrin 7.9" LCD 1080p 120Hz, cip khas NVIDIA dengan sokongan DLSS dan Ray Tracing, storan 256GB, serta dermaga yang menyokong paparan 4K ke TV.
  • Di Asia Tenggara, Switch 2 akan mula dijual di Singapura, Thailand dan Filipina pada 26 Jun, manakala pelancaran di Malaysia dijangka antara Julai hingga September selepas ujian piawaian keselamatan oleh SIRIM.

Walaupun belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia, ia sudah pun boleh dibeli di beberapa stor dalam talian tempatan pada harga yang jauh lebih mahal.
Terkini Nintendo mengumumkan sebanyak 3.5 juta unit Switch 2 berjaya dijual dalam masa hanya empat hari. Ini menjadikan Switch 2 konsol yang paling laris jualannya dalam sejarah Nintendo.
Jumlah jualan yang tinggi dan pastinya menggembirakan untuk Nintendo kerana jumlah jualan terkumpul konsol mudah alih PC seperti Steamdeck dan ROG Ally setakat ini adalah sekitar 6 juta unit sahaja walaupun sudah di pasaran lebih 3 tahun.
Nintendo Switch 2 hadir dengan skrin 7.9″ LCD dengan resolusi 1080p 120Hz, dijana cip khas NVIDIA yang menyokong DLSS dan Ray Tracing, storan 256GB, dan terdapat dermaga yang boleh meningkatkan paparan ke resolusi 4K apabila disambung kepada TV.
Penambahbaikan lain ialah Joy Con yang disambung menggunakan magnet serta boleh digunakan seperti sebuah tetikus.
Di Asia Tenggara, Switch 2 akan mula dijual di Singapura, Thailand dan Filipina sahaja pada 26 Jun depan.
Peminat di Malaysia harus bersabar dengan Nintendo menyasarkan jualan akan dilakukan antara Julai hingga September ini dengan konsol sedang diuji oleh SIRIM bagi melepasi beberapa piawaian keselamatan tempatan. -Amanz
Topic Berkaitan
#Nintendo
#Switch 2
#Sirim
#jualan luar biasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan