GADGETS
NVIDIA didakwa langgar akta antipersaingan di China

China menuduh NVIDIA melanggar undang-undang antipersaingan, namun tidak menyatakan kesalahan khusus, dan NVIDIA berjanji akan bekerjasama sepenuhnya. -Amanz
PIHAK berkuasa China menuduh NVIDIA melanggar akta antipersaingan negara tersebut dengan ini dilihat sebagai satu lagi tekanan ke atas Amerika Syarikat bagi menyelesaikan isu tarif yang dikenakan Presiden Trump tahun ini.
Ringkasan AI
- China menuduh NVIDIA melanggar undang-undang antipersaingan, namun tidak menyatakan kesalahan khusus, dan NVIDIA berjanji akan bekerjasama sepenuhnya.
- China mengarahkan syarikat tempatan beralih daripada cip NVIDIA kepada cip buatan tempatan seperti Huawei, susulan sekatan eksport cip AI oleh Amerika Syarikat.
- Wakil China dan AS bertemu di Sepanyol untuk rundingan isu perdagangan termasuk tarif tinggi dan penjualan TikTok.
Dengan perang perdagangan antara kedua-dua negara tidak menunjukkan akan reda, China mengeluarkan arahan kepada syarikat tempatan supaya tidak menggunakan cip keluaran NVIDIA dan sebaliknya berpindah ke cip keluaran tempatan seperti Huawei.
Wakil kedua-dua negara sedang melakukan pertemuan di Sepanyol bagi menyelesaikan pelbagai isu seperti penjualan TikTok dan eksport gandum ke China.
Tarif sehingga 245% dikenakan ke atas China oleh Trump awal tahun ini kerana didakwa melakukan perdagangan secara tidak adil dengan Amerika. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami