MALAYSIA
Sabah Electricity laksana penggiliran bekalan elektrik

Sabah Electricity memaklumkan anggaran masa bagi pembekalan elektrik berkenaan ialah selama tiga jam bagi setiap giliran. - Gambar hiasan
TAWAU: Sabah Electricity melaksanakan empat jadual penggiliran bekalan elektrik di Tawau bermula pada hari ini.
Ringkasan AI
- Sabah Electricity melaksanakan empat jadual penggiliran bekalan elektrik di Tawau bermula hari ini, dengan setiap giliran berlangsung selama tiga jam.
- Jadual giliran bermula dari 12 tengah malam hingga 12 tengah malam keesokan hari, melibatkan empat slot: Giliran 1 (12 tgh mlm3 pg & 12 tgh hari3 ptg), Giliran 2 (36 pg & 36 ptg), Giliran 3 (69 pg & 69 mlm), Giliran 4 (9 pg12 tgh hari & 9 mlm12 tgh mlm).
- Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui Hotline 15444, 088-515000, talian 019-8525427 atau Facebook Sabah Electricity Careline, dengan tempoh penggiliran bergantung kepada keadaan rangkaian.
"Giliran 3 pula dari 6 pagi hingga 9 pagi dan 6 petang hingga 9 malam, dan Giliran 4 (9 pagi hingga 12 tengah hari dan 9 malam hingga 12 tengah malam)," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, anggaran masa dan tempoh pembekalan elektrik berkenaan bergantung pada sistem rangkaian di Tawau pada waktu itu.
Sabah Electricity memaklumkan pengguna terjejas boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui talian Hotline 15444 atau 088-515000, selain talian 019-8525427 atau layari Facebook rasmi Sabah Electricity Careline.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami