Skip to main content

Teknologi

OpenAI tamatkan pelayar AI Atlas, fokus kepada aplikasi desktop ChatGPT

OpenAI Menamatkan Penawaran Pelayar Web Tersendiri, Atlas
OpenAI memilih untuk memfokuskan kepada perkhidmatan yang digunakan secara lebih meluas serta mempunyai potensi pengembangan yang lebih besar pada masa hadapan. -Gambar fail/Amanz
Advertisement

SAN FRANCISCO: OpenAI menamatkan pelayar AI Atlas kurang setahun selepas diperkenalkan susulan langkah syarikat itu menyatukan beberapa produk ke dalam aplikasi desktop ChatGPT, lapor Amanz.

Syarikat kecerdasan buatan itu sebelum ini memperkenalkan Atlas dengan integrasi AI generatif bagi membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugasan semasa melayari internet, sekali gus meningkatkan produktiviti.

Langkah berkenaan dibuat ketika OpenAI memberi tumpuan kepada pembangunan platform yang lebih bersepadu, termasuk menggabungkan beberapa produk dan ciri ke dalam aplikasi desktop ChatGPT.

Syarikat itu kini memilih untuk memfokuskan kepada perkhidmatan yang digunakan secara lebih meluas serta mempunyai potensi pengembangan yang lebih besar pada masa hadapan.

Sebagai alternatif, pengguna boleh menggunakan sambungan ChatGPT untuk Google Chrome yang menawarkan integrasi AI tanpa perlu memasang pelayar web baharu.

Seiring perubahan itu, OpenAI turut mengemas kini aplikasi desktop ChatGPT dengan beberapa ciri baharu termasuk keupayaan pelayaran web yang lebih menyeluruh serta integrasi alat produktiviti lain untuk pengguna global.

 

Must Watch Video

Advertisement