GADGETS
Pengeluaran kereta di AS, Eropah bakal terhenti susulan sekatan unsur nadir bumi China

Tindakan ini memberi kesan besar kepada industri automotif di AS dan Eropah, menyebabkan pengeluaran kenderaan dan komponen dihentikan atau dijangka terhenti dalam masa terdekat. -Amanz
CHINA mengetatkan eksport magnet unsur nadir bumi dan unsur nadi bumi di peringkat global sejak April lalu sebagai membalas tarif tinggi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).
Ringkasan AI
- China mengetatkan eksport magnet dan unsur nadir bumi sejak April sebagai tindak balas terhadap tarif tinggi AS, dengan hanya 25% permohonan lesen eksport diluluskan setakat ini.
- Tindakan ini memberi kesan besar kepada industri automotif di AS dan Eropah, menyebabkan pengeluaran kenderaan dan komponen dihentikan atau dijangka terhenti dalam masa terdekat.
- Industri robotik dan bateri kenderaan elektrik turut terjejas, dan CLEPA menggesa rundingan segera antara AS dan China bagi mengelakkan keruntuhan industri automotif global.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Pembekal Automotif Eropah (CLEPA), pengeluaran kenderaan dan komponen di Eropah sudah pun mula dihentikan di Eropah.
Pengeluaran kenderaan di Amerika Syarikat pula dijangka terhenti dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.
China memerlukan lesen khas sebelum magnet unsur nadir bumi dan unsur nadir bumi boleh dieksport.
Tetapi China hanya meluluskan 25% permohonan lesen eksport setakat ini sehingga mewujudkan isu di rantaian bekalan.
Selain industri automotif, industri robotik dan pengeluaran bateri kenderaan elektrik juga turut terkesan.
China menggunakan dominasi 90% pengeluaran unsur nadi bumi bagi memberikan tekanan ke atas AS.
CLEPA sudah pun menggesa Amerika dan China melakukan rundingan segera sebelum industri automotif AS dan Eropah lumpuh sepenuhnya dalam masa terdekat. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami