GADGETS
Pengguna TikTok kini boleh kawal kandungan dalam halaman For You berdasarkan minat

TikTok memperkenalkan ciri Manage Topics yang membolehkan pengguna melaras kekerapan kemunculan lebih 10 topik popular dalam suapan For You, tanpa menghapuskan topik sepenuhnya. -Amanz
TIKTOK telah melancarkan beberapa ciri baharu untuk membolehkan pengguna mengawal kandungan yang dipaparkan dalam suapan ‘For You’ (FYP) mereka bagi memberikan kawalan yang lebih baik terhadap kandungan yang dilihat.
Ringkasan AI
- TikTok memperkenalkan ciri Manage Topics yang membolehkan pengguna melaras kekerapan kemunculan lebih 10 topik popular dalam suapan For You, tanpa menghapuskan topik sepenuhnya.
- Ciri Smart Keyword Filters berasaskan AI membolehkan pengguna menyekat kandungan berdasarkan kata kunci dan sinonimnya, dengan had penapisan yang akan ditingkatkan kepada 200 kata kunci.
- TikTok turut melancarkan panduan pendidikan untuk membantu pengguna memahami dan menyesuaikan suapan For You, dan semua pengguna termasuk remaja kini boleh mengakses kemas kini ini.
Untuk menyesuaikan topik dalam suapan For You, pengguna boleh mengakses tetapan melalui Setting and Privacy kemudian memilih Content Prefenrence > Manage Topics.
Mereka boleh melaraskan tahap kekerapan setiap topik dengan slider sebelum menekan butang Save bagi menyimpan perubahan.
Selain itu, TikTok memperkenalkan Smart Keyword Filters iaitu sebuah ciri berasaskan teknologi AI yang membantu pengguna menyekat kandungan berdasarkan kata kunci serta sinonimnya.
Dengan ciri ini, pengguna dapat menapis lebih banyak pilihan kandungan sekaligus memberikan kawalan yang lebih tepat terhadap paparan kandungan.
Ciri ini akan memaparkan senarai kata kunci yang sedang disekat dengan pilihan bagi pengguna untuk menyertakan atau mengecualikan kata tertentu mengikut keperluan mereka.
Dalam beberapa bulan akan datang, TikTok merancang untuk meningkatkan had kata kunci yang boleh ditapis kepada 200 berbanding had sebelumnya.
TikTok turut melancarkan panduan pendidikan yang menawarkan pelbagai tip dan alatan untuk bantu pengguna memahami cara halaman For You berfungsi serta menyesuaikannya dengan lebih berkesan.
Semua pengguna, termasuk akaun remaja dan dewasa kini boleh mengakses kemas kini ini bagi memastikan pengalaman TikTok yang lebih selamat. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami