JIKA anda menggunakan peranti Android yang lebih terkini anda pasti akan perasan ciri Adaptive Battery terbina pada tetapan bateri.
Ciri ini mengehadkan penggunaan bateri kepada aplikasi yang tidak selalu aktif.
Selain itu ciri lain untuk menjaga kesihatan bateri adalah mengehadkan kuasa pengecasan ketika tidur dan hanya akan selesai cas selepas bangun tidur.
Ciri ini diperkenalkan untuk pengguna Pixel melalui Adaptive Charging.
Ketika ciri ini diberikan kepada pengguna Pixel ia hanya aktif jika pengguna telah tetapkan penggera sahaja. Terkini beberapa pengguna menyedari jika tiada penggera ditetapkan peranti tetap tidak dapat dicas dengan pantas sepenuhnya.
Google dilihat dengan senyap mengemaskini ciri ini kepada mengehadkan kuasa pengecasan berdasarkan corak penggunaan peranti pengguna. Ini adalah perkara yang mengecewakan kepada sesetengah pengguna kerana tidak dapat menikmati pengecasan pantas dan turut ingin menjaga kesihatan bateri pada masa sama.
Google masih tidak menjelaskan sebab apa perubahan ini dilakukan. Menjadikan alternatif kepada pengguna adalah terus menyahaktifkan ciri Adaptive Charging ini. Ciri ini sudah sedia ada peranti iPhone dengan ciri “Pengecasan Bateri Optimum”, peranti bawah BBK Electronics (Oppo, Realme dan OnePlus) melalui “Wise Charging” dan pengeluar lain turut ada menawarkan ciri lebih kurang sama.
Amanz
Mon Mar 27 2023

Terkini beberapa pengguna menyedari jika tiada penggera ditetapkan peranti tetap tidak dapat dicas dengan pantas sepenuhnya. - Foto Amanz.my

Erdogan mengundi pada pusingan kedua pilihan raya presiden
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengundi pada pusingan kedua pilihan raya presiden pada Ahad.

RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang di Parlimen selewatnya Mac 2024 - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia dijangka akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Mac tahun hadapan.

Pengembara terpaksa beratur lebih sejam di terminal feri Labuan
Keadaan sesak itu dijangka berlarutan hingga hujung minggu depan.

HAWANA 2023: Media tradisional harus bekerjasama dengan pengiklan untuk cipta lebih banyak peluang
Media tradisional harus bekerjasama rapat dengan pengiklan untuk mencipta dan menginovasi lebih banyak peluang untuk meningkatkan kesedaran jenama sebagai salah satu alat pemasaran dalam era digital.

Penyusutan ringgit: Kerajaan belum cadang semak semula unjuran pertumbuhan ekonomi - Rafizi
Kerajaan belum bercadang untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini susulan penyusutan mata wang ringgit dua minggu kebelakangan ini.

PBAKL 2023 dapat sambutan meriah golongan muda
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 yang bermula Jumaat lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) mendapat sambutan meriah terutama daripada golongan muda.

Menteri Agama cadang tubuh pusat mediasi selesai isu Islam, bukan Islam
Menteri Agama mencadangkan satu pusat mediasi di luar konteks mahkamah ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian membabitkan antara orang Islam dan bukan Islam.

Masters Malaysia: Semangat juang Pearly-Thinaah tawan hati rakyat Malaysia
Pearly Tan-M Thinaah, menamatkan perjalanan penuh cemerlang dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila dinobat sebagai naib juara di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Tiada keperluan tubuh jawatankuasa khas selamatkan Tanah Rizab Melayu di Kedah - Sanusi
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata tiada keperluan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelamatkan Tanah Rizab Melayu di negeri itu.

HAWANA 2023: Majlis Media perlu bebas daripada campur tangan kerajaan
Taufiqurrahman berkata badan itu penting dalam memastikan media negara berkenaan bebas daripada campur tangan kerajaan.

Kementerian Pengangkutan akan temui gergasi teknologi, perjelas dasar kabotaj
Menteri Pengangkutan dijadual bertemu dengan wakil syarikat gergasi teknologi terkemuka seperti Facebook dan Google pada minggu depan untuk menjelaskan pendirian Malaysia berhubung dasar kabotaj.

Twitter telah tamatkan perkhidmatan sekitar 80 peratus tenaga kerja - Musk
Twitter sedang berdepan pelbagai tindakan undang-undang daripada bekas pekerja berhubung isu pemberhentian dan faedah.

Peranti Google Pixel tidak lagi boleh dicas pantas sepenuhnya
Jika anda menggunakan peranti Android yang lebih terkini anda pasti akan perasan ciri Adaptive Battery terbina pada tetapan bateri.

Google buang pekerja di Singapura, 190 pekerja terjejas
Pemberhentian pekerja melibatkan individu daripada pelbagai jabatan termasuk jualan, Google Cloud, dan Google Pay antara lain.

Google Malaysia rai hari lahir Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia, Kamn Ismail
Enjin carian terbesar dunia Google memberi penghargaan kepada Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia Allahyarham Datuk Kamaruddin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail menerusi Google Doodle.

Google lancar AI perbualan Bard, saingi kejayaan ChatGPT
Google melancarkan chatbot kecerdasan buatan (AI) sendiri, Bard sekali gus bakal mengulangi kejayaan penghasilan ChatGPT.

Bantuan Keluarga Malaysia, MySPR Semak dominasi senarai carian Google Malaysia
Bantuan Keluarga Malaysia, MySPR Semak dan World Cup 2022 menduduki tanggas teratas carian Google Malaysia.

New Zealand rangka undang-undang supaya Google, Meta bayar kandungan berita
Jika dikuat kuasa, syarikat gergasi internet itu harus membuat perjanjian dengan saluran media tempatan sebelum mendapat akses kepada kandungan berita.

PRU15: Peti undi dengan bendera Malaysia hiasi laman utama Google Malaysia
Pengunjung akan melihat paparan peti undi dengan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, ditempatkan di tengah perkataan Google.

India desak Google banteras aplikasi pinjaman wang haram
Google sudah beberapa kali dipanggil dalam tempoh beberapa bulan lalu dalam mesyuarat bersama bank pusat dan pihak pemerintah.