Produk DJI termasuk dron, kamera aksi bakal diharamkan di AS bermula 23 Disember

DJI turut mengesahkan bahawa ini akan memberi kesan kepada semua produk DJI, bukan sahaja dron seperti yang dilaporkan sebelum ini. -Foto Amanz
PADA pertengahan tahun ini, kami telah melaporkan bahawa produk-produk keluaran syarikat pengimejan terkemuka dari China, DJI akan mula diharamkan pada penghujung tahun ini.
Ringkasan AI
- Produk-produk DJI dari China dijangka diharamkan penjualannya di Amerika Syarikat bermula 23 Disember 2025 jika tindakan audit tidak diambil oleh kerajaan AS, termasuk dron dan kamera aksi.
- Pengharaman ini akan menjejaskan semua produk DJI, termasuk produk-produk baru yang dilancarkan, yang perlu ditarik dari pasaran Amerika Syarikat.
- Tindakan ini berpunca daripada tuduhan DJI melanggar akta Uyghur Forced Labor Prevention Act, namun DJI menafikan tuduhan tersebut dan gagal mendapatkan respons daripada agensi kebangsaan AS untuk proses audit sekuriti.
Selain dron, kamera aksi mereka turut akan terkesan akibat arahan ini, dan semua produk di bawah jenama tersebut akan perlu ditarik dari rak-rak jualan produk di seluruh negara itu.
Melalui kenyataan yang dikeluarkan, produk baru dilancarkan juga tidak akan dibenarkan untuk dibawa masuk ke negara itu.
Mereka yang sudah pun memiliki produk DJI dilihat boleh terus menggunakannya seperti biasa, tetapi kebarangkalian bahawa DJI tidak dibenarkan untuk menjual produk yang sudah pun di pasaran Amerika Syarikat selepas tarikh tersebut dilihat sebagai sangat tinggi.
Menurut US Customs and Border Protection, halangan penjualan produk-produk tersebut adalah kerana DJI melanggar akta Uyghur Forced Labor Prevention Act, yang mana DJI telah mengatakan bahawa tuduhan tersebut adalah palsu.
DJI juga dilaporkan telah cuba untuk mendapatkan perhatian daripada beberapa agensi kebangsaan seperti Department of Defense, Department of Homeland Security, Federal Bureau of Investigation, dan National Security Agency untuk memulakan proses audit sekuriti, tetapi tidak ada satu agensi pun yang telah membalas pertanyaan syarikat tersebut.
DJI akan menjadi syarikat China terbaru selepas Huawei dan ZTE yang akan memasuki senarai FCC Covered List yang mengharamkan produk-produk baru daripada memasuki pasaran Amerika Syarikat secara rasmi.
Bukan itu sahaja, pihak FCC juga boleh mengharamkan produk-produk yang sudah pun menerima kelepasan sebelum ini, memaksa DJI untuk tidak lagi menjual produk-produk mereka walaupun ia sudah berada di pasaran tersebut. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tarikh bermula di mana semua produk DJI akan diharamkan penjualannya di pasaran Amerika Syarikat? A: Bermula 23 Disember 2025.
- Q: Apakah kesan daripada arahan larangan penjualan produk-produk DJI ke atas kamera aksi? A: Kamera aksi DJI juga akan terkesan dan perlu ditarik dari rak-rak jualan di seluruh negara itu.
- Q: Mengapa US Customs and Border Protection menghalang penjualan produk-produk DJI di pasaran Amerika Syarikat? A: Kerana DJI dilaporkan melanggar akta Uyghur Forced Labor Prevention Act, walaupun DJI sendiri menafikan tuduhan tersebut.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

