awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB Najib esok
SIGGRAPH Asia 2026: Kuala Lumpur lakar sejarah, angkat falsafah 'Human-Centered' dan tema 'Weaving the Future'
JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK-12: Segera perluas jaringan internet kawasan pedalaman

Eton Khir
Eton Khir
04/10/2021
05:55 MYT
RMK-12: Segera perluas jaringan internet kawasan pedalaman
Inisiatif itu perlu disegerakan khususnya bagi meringankan beban masyarakat dan pelajar dalam proses PdPR buat masa ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menyegerakan usaha menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) memperluaskan liputan jaringan internet di seluruh negara bagi meringankan beban pelajar yang masih dalam proses pembelajaran di rumah (PdPR).
Menurut Ketua Kampung Parit Raja Batu Pahat Johor merangkap Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Ismail Parit Raja, Majdan Jamain, inisiatif itu perlu disegerakan susulan situasi pelajar yang menghadapi kesukaran mendapatkan liputan internet.
"Saya mengharapkan agar kerajaan dapat melaksanakan Program JENDELA ini dengan segera dan secepat mungkin terutama di kawasan pendalaman yang melibatkan ramai masyarakat," kata Majdan.
Ini juga bagi memudahkan masyarakat pendalaman ini menggunakan khidmat terutama sekali kepada mereka yang mempunyai anak yang sedang menjalani pembelajaran di rumah secara (PdPR). Itu adalah yang terbaik pada masa ini," tambahnya.
Beliau yang ditemu bual oleh Astro AWANI hari ini turut menyarankan agar Kerajaan menambah lagi pembinaan pencawang-pencawang telekomunikasi di kawasan pedalaman.
"Ini kerana tidak semua syarikat telekomunikasi didirikan di kawasan kampung dan pencawang juga tidak meliputi radius yang besar dan jarak antara radius liputan tersebut, ia juga sangat terhad dan tidak meluas sehinggakan ada sesetengah kampung di kawasan jalan besar pun tidak ada satu liputan yang baik," katanya.
Dalam masa sama, Majdan berkata peningkatan teknologi itu juga boleh memudahkan dan melancarkan pengurusan aktiviti harian masyarakat dalam menangani era digitalisasi.
Media sebelum ini melaporkan ada pelajar-pelajar di kawasan pedalaman yang terpaksa memanjat pokok semata-mata untuk mendapatkan liputan internet untuk tujuan pembelajaran.
Topic Berkaitan
#Parit Raja
#Majdan Jamain
#PdPR
#era digitalisasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan