KUALA LUMPUR: Jenama teknologi terkemuka, Samsung Electronics Co., Ltd hari ini melancarkan Galaxy S23 Series dengan tiga pilihan, iaitu Galaxy S23 Ultra, Galaxy S23+ dan Galaxy S23.
Ketua Mobile eXperience (MX) Samsung Malaysia Elctronics Sdn Bhd, KM Liew berkata, siri berkenaan hadir dengan kamera dipertingkatkan dan ekosistem canggih yang menjadikan pengalaman pengalaman digital pengguna lebih lancar.
“Kami menggandakan asa sedia ada dengan menjadikan kameranya lebih pintar, prestasi lenih pantas serta berkuasa, malah ketersambungan ekosistem menjadi lebih lancar berbanding (model) sebelum ini,” katanya.
Galaxy S23 Series dilengkapi kamera dengan ciri ‘Nightography’ dipertingkat, selain mempunyai 200 megapiksel sensor piksel adaptif yang membolehkan setiap gambar dan video diambil dengan lebih jelas serta terang pada waktu malam.
Di samping itu, ia turut hadir dengan Amoled dua kali kadar penyegaran sehingga 120Hz dan pembaca cap jari bawah paparan.
Malah, ia dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 8 Gen 2 dengan Galaxy S23 Ultra mempunyai ketahanan bateri 5000 mAh, selain S23+ dan S23 mempunyai ketahan bateri 3,900 mAh dan 4,700mAH masing-masing.
Galaxy S23 Ultra juga mempunai 6.8 inci skrin, manakala S23+ dan S23 masing-masing berukuran 6.6 inci dan 6.1 inci.
Gergasi elektonik itu juga masih mengekalkan S Pen dalam siri kali ini dan mengutamakan reka bentuk yang lebih mesra alam.
Galaxy S23 Series juga mempunyai pelbagai jenis bahan kitar semula yang lebih luas daripada mana-mana telefon pintar Galaxy yang lain, termasuk aluminium dan kaca kitar semula pra-pengguna dan plastik kitar semula pasca pengguna yang diperoleh daripada jaring ikan yang dibuang, botol PET dan tong air.
Siri kali ini hadir dengan empat pilihan warna, iaitu Phantom Black, Cream, Green dan Lavender dengan Galaxy S23 dan S23+ dari RM3,899 dan Galaxy S23 Ultra dari RM5,699.
Pratempah bermula hari ini di laman rasmi Samsung Malaysia dan berpeluang mendapat naik taraf storan berganda bernilai sehingga RM500 dan e-baucar RM400.
Ehsan A Marisah
Thu Feb 02 2023
Galaxy S23 Series hadir dengan kamera dipertingkatkan dan ekosistem canggih yang menjadikan pengalaman pengalaman digital pengguna lebih lancar. - Foto Samsung
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Samsung naik taraf Bixby dengan AI Generatif
Bixby akan kekal wujud di samping Galaxy AI dan Samsung akan terus mengemas kini pembantu maya mereka ini untuk lebih mesra pengguna.
Samsung lancar televisyen AI 27 Mac ini
Pada 27 Mac 2024, 9PM Samsung Malaysia akan mengadakan acara Unbox & Discover 2024.
Intel tawar perkhidmatan pengeluaran cip kepada AMD, NVIDIA, Qualcomm
Apabila Intel Foundry Services beroperasi secara sepenuhnya, Intel akan mempunyai kemampuan untuk membangunkan cip intel tersuai yang hadir dengan teknologi terbina.
Sistem kesan apnea tidur Samsung Galaxy Watch terima kelulusan FDA
Sistem pengesanan apnea tidur Samsung memerlukan waktu tidur pemakai dijejak selama empat jam sehari selama dua hari.
7 daripada 10 telefon paling laris 2023 ialah iPhone, 3 lagi keluaran Samsung
iPhone 14 Pro Max mencatatkan jualan tertinggi dengan 34 juta unit.
Pengeluaran tablet susut 10.3% sepanjang 2023, iPad memegang 40% pasaran
Sepanjang 2023, pengeluaran tablet susut 10.3% berbanding 2022.
Pengerusi Eksekutif Samsung didapati tidak bersalah kes penyelewengan
Risiko dipenjarakan semula kerana kesalahan memberikan rasuah kepada Presiden Park Geun-hye tidak akan berlaku.
Siri Galaxy S24, telefon AI pertama daripada Samsung kini tiba
Dikuasakan Galaxy AI yang akan mengubah cara peranti mudah alih memperkasakan pengguna buat selamanya.
Keunggulan kuasa AI di tapak tangan anda dengan Galaxy AI
Satu pengalaman AI bimbit menyeluruh, dipacu bersama oleh AI dalam peranti dibangunkan Samsung serta AI berasaskan awan.