GADGETS
Samsung padam akaun pada 31 Julai jika tidak aktif dua tahun

Akaun Samsung yang tidak aktif selama dua tahun akan dipadam secara kekal pada 31 Julai 2025 sebagai langkah menjaga privasi pengguna.
PERHATIAN pengguna peranti Samsung, kerana akaun akan dipadam pada 31 Julai ini sekiranya tidak aktif selama dua tahun.
Ringkasan AI
- Akaun Samsung yang tidak aktif selama dua tahun akan dipadam secara kekal pada 31 Julai 2025 sebagai langkah menjaga privasi pengguna.
- Akaun dianggap tidak aktif jika tiada log masuk, pembelian, atau sandaran data dilakukan dalam tempoh dua tahun.
- Data yang akan dipadam termasuk pembelian aplikasi Galaxy Store, data Samsung Health, serta sandaran dan tetapan peranti; pengguna disarankan log masuk sebelum tarikh tersebut untuk mengekalkan akaun.
Oleh itu jika anda masih ingin menyimpan data sedia ada, sila log masuk ke akaun sebelum 31 Julai.
Akaun akan dikategorikan sebagai tidak aktif jika tiada aktiviti log masuk, melakukan pembelian atau sandaran data dilakukan dalam tempoh dua tahun.
Antara data yang akan dipadam jika tidak lagi aktif ialah data pembelian aplikasi di Galaxy Store, data Samsung Health, sandaran data peranti dan tetapan telefon, tablet serta jam tangan pintar yang disimpan oleh akaun. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami