GADGETS
Telegram halang lebih 15 juta saluran dengan kandungan berbahaya sepanjang 2024

Telegram telah menghalang lebih 15 juta kumpulan dan saluran sepanjang 2024 kerana kandungan berbahaya. -Gambar hiasan/Reuters
TELEGRAM menerbitkan laporan moderasi kandungan mereka sepanjang 2024.
Ringkasan AI
- Telegram telah menghalang lebih 15 juta kumpulan dan saluran sepanjang 2024 kerana kandungan berbahaya.
- Sebanyak 707,576 bahan penderaan seksual kanak-kanak dan 130,119 komuniti propengganas telah dihalang.
- CEO Telegram, Pavel Durov, ditahan di Paris kerana didakwa enggan bekerjasama dalam beberapa kes jenayah yang melibatkan kandungan berbahaya.
Daripada jumlah ini, 707,576 ialah bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) menerusi kerjasama Internet Watch Foundation yang sentiasa memantau kandungan sebegini.
Di samping itu 130,119 komuniti yang dilabel sebagai pro-pengganas juga telah dihalang oleh Telegram.
Jumlah kandungan yang dihalang meningkat tahun ini selepas CEO Telegram Pavel Durov ditahan di Paris kerana didakwa enggan bekerjasama dalam beberapa kes jenayah melibatkan beberapa individu tertentu yang menyebarkan kandungan pedofilia, penjualan dadah, penipuan atas talian, kegiatan pengganas dan transaksi haram. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami