KUALA LUMPUR: Setiap negara perlu menilai realiti kesediaan masing-masing dalam mengadaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI).
Pengarah Urusan World Economic Forum (WEF) dan Ketua Centre for the Fourth Industrial Revolution WEF, Jeremy Jurgens berkata, tidak wajar untuk menolak adaptasi AI sepenuhnya kerana bimbang kepada risiko yang mungkin ada.
Jelasnya tindakan itu hanya akan mensia-siakan manfaat yang turut dimiliki teknologi tersebut.
“Isu tempatan di Rwanda, India dan Amerika Syarikat mungkin berbeza dengan realiti di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Setiap negara perlu menilai situasi unik tersendiri, kemudian adaptasi model tadbir urus masing-masing.
“Saya fikir kita perlu berikan tumpuan kepada peluang, seperti kita memberi tumpuan kepada risiko. Kita tidak mahu mengabaikan mana-mana bahagian.
“Kita tidak mahu menyatakan tidak kepada AI kerana risiko yang ada, memandangkan itu juga bermaksud kita akan terlepas segala kebaikan yang ia bawa bersama,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Bagi mendepani cabaran dan risiko yang timbul daripada teknologi AI ini, Jurgens berkata, WEF telah menggariskan 30 prinsip yang menjadi garis panduan untuk adaptasi teknologi tersebut agar ia tidak disalah guna.
Beliau juga menjelaskan, kebimbangan yang dibangkitkan banyak pihak mengenai AI merupakan isu yang sudah wujud dalam masyarakat namun perlu dioleh semula agar sesuai kepada keperluan dan kefahaman semasa.
”Pada masa sama, mengakui bahawa kebanyakan cabaran sudah wujud sebelum ini.
"Antaranya berkaitan keselamatan siber, keselamatan digital untuk kanak-kanak dan komuniti rentan. Cabaran ini sudah wujud sebelum ini, tetapi ia semakin membimbangkan akibat AI,” jelasnya.
Irfan Faruqi
Wed Sep 13 2023

Jurgens berkata, tidak wajar untuk menolak adaptasi AI sepenuhnya kerana bimbang kepada risiko yang mungkin ada. - Gambar fail/Freepik
KUSKOP maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud, mohon peruntukan Belanjawan 2024
Menteri Pembanbgunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick ambil maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud dan tamu lain seluruh negara dan telah memohon peruntukan di bawah Belanjawan 2024 bagi menyelesaikannya.
Realiti Tamu Kota Belud, serba daif, pengunjung makin kurang
Peniaga Tamu Kota Belud hampir patah semangat mengenangkan nasib mereka yang terpaksa mencari sesuap nasi di tapak niaga yang serba daif dan kurang pengunjung sejak empat tahun lalu.
Banjir Limbang: PPS Dewan Masyarakat Medamit ditutup
Setakat jam tiga petang Ahad mangsa banjir yang ditempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Buluh Balui, Limbang menyusut kepada 11 orang berbanding 16 pada 12 tengah hari.
19 penghuni tiga rumah di Kg Nangka tinggal sehelai sepinggang
Enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran dI Kampung Nangka, Sibu pada Ahad.

2 ditahan disyaki terlibat pergaduhan di Desaru International Bike Week
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai terlibat pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, malam tadi.

6,449 suri rumah mencarum SKSSR di Melaka
Seramai 6,449 suri rumah di Melaka mencarum di bawah SKSSR Perkeso sehingga 10 Sept lepas.

Polis tahan sembilan individu cuba lakukan penerokaan REE di Sik
Polis menahan sembilan lelaki yang cuba meneroka unsur nadir bumi (REE) di kawasan Kompartment 35, Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik pada 14 Sept lepas.

Polis tahan lelaki campak tong cat, kunci pagar masjid
Polis menahan seorang lelaki dipercayai melakukan perbuatan khianat dengan mengunci pintu pagar dan mencampakkan satu tong cat putih di Masjid Jamek Qaryah Taman Kucai, Kulim 19 September lalu.

JKDM diarah pastikan institusi kehakiman syariah tegak keadilan - Mohd Na'im
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah diarahkan untuk memastikan institusi kehakiman syariah itu berfungsi dalam menegakkan keadilan.

"Bahagia, rasa tenang" - Afdlin Shauki sahkan sudah berkahwin
Pelakon dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki mengesahkan dirinya kini sudah berkahwin dengan suri hati pilihannya tahun ini.

Kod etika AI perlu meliputi pelbagai elemen - Pakar
Pakar teknologi berpandangan kod etika teknologi AI yang sedang dirangka kerajaan, perlu merangkumi pelbagai elemen bagi memastikan isu yang timbul berkaitannya dapat ditangani dengan baik.

Terlepas manfaat jika hindari AI - Pengarah Urusan WEF
Setiap negara perlu menilai realiti kesediaan masing-masing dalam mengadaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI).

Teknologi satelit, AI bantu petani perkasa pertanian digital
Kerjasama ini akan membantu petani meningkatkan hasil mereka sambil mengurangkan kesan alam sekitar pertanian.

'Projek My Malaysia' CelcomDigi, filem janaan AI bersumber ramai pertama negara
CelcomDigi memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk menterjemah aspirasi, impian dan harapan rakyat Malaysia terhadap tanah air bertuah ini.

Teknologi AI tidak ambil alih pekerjaan manusia - Chang
Chang Lih Kang berkata teknologi itu sebaliknya mewujudkan lebih banyak pekerjaan baharu yang memerlukan kemahiran teknologi tinggi dan terkini.

Kaspersky gesa perniagaan guna pakai teknologi AI dalam operasi mereka
Saiz pasaran AI di Asia Pasifik dijangka berkembang empat kali ganda kepada AS$87.6 bilion (AS$1=RM4.64) menjelang 2028.

Meta lancar Code Llama, bantu penulisan kod komputer
Meta Platforms mengumumkan akan melancarkan sebuah model kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk membantu dalam penulisan kod komputer sekaligus menambahbaik usaha dalam kemajuan teknologi baharu.

AI sebagai pelengkap bukan menggantikan pekerjaan - Kajian ILO
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berkata lonjakan kecerdasan buatan (AI) yang melanda dunia kini dilihat sebagai pelengkap sesuatu pekerjaan.

Manfaatkan AI, ChatGPT untuk dokumen PR dan komunikasi krisis
Dengan bantuan ChatGPT dan contoh-contoh korporat sebenar, kecekapan dan respons dalam menghasilkan kandungan memukau dan mengurus krisis secara efektif dapat dilakukan.

Kerajaan teliti keperluan wujud kerangka kawal selia AI - Fahmi
Kerajaan sedang meneliti keperluan untuk mewujudkan kerangka kawal selia teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengatasi masalah etika penggunaan berkaitan teknologi berkenaan.