RAMAI di antara kita kurang mengambil berat terhadap pencemaran udara di dalam rumah, namun tahukah anda bahaya bakteria, virus, habuk dan kulat yang terperangkap di dalam kediaman?

Ditambah situasi penularan pandemik COVID-19 ketika ini yang memaksa kita semua untuk terus kekal berada di rumah.

Justeru, tahap kebersihan udara sangat penting bagi memastikan kesihatan yang baik.

Prihatin terhadap perkara itu, jenama kelengkapan rumah terkemuka Korea Selatan, SK magic memperkenalkan produk terbaharu penulen udara All Clean Virus Fit bagi kualiti hidup lebih sihat.

Pengarah Urusan SK magic Malaysia, Kim Kyung Won berkata, jenama itu terus komited dalam menghasilkan penyelesaian inovasi bagi memberi inspirasi dan galakan kepada rakyat Malaysia supaya mengamalkan gaya hidup lebih berkualiti menerusi produk ditawarkan.

“All Clean Virus Fit dicipta dengan teknologi termaju yang sesuai kepada mereka mempunyai sistem pernafasan sensitif.

"Ia dapat menyingkirkan pelbagai bahan pencemar udara berbahaya dari kawasan tertutup menerusi fungsi pensterilan UV Arc Core, serta sistem penapisan lapan langkah yang serba canggih.

“Bagi memastikan perlindungan menyeluruh, All Clean Virus Fit hadir dengan ciri pintar sedutan 360° udara pelbagai arah,” katanya ketika pelancaran yang diadakan secara Maya pada Jumaat.


 
Penulen udara tersebut didaftarkan sebagai peralatan kesihatan dan peranti perubatan daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (USFDA) menerusi teknologi yang digunakan bagi membantu mereka yang mempunyai alahan pernafasan.

Dalam pada itu, menurut Doktor Penjagaan Primer Dr Amanda Eli, Udara yang kita hirup perlulah pada tahap yang sangat bersih bagi menjamin kesihatan paru-paru, darah, dan bahagian organ-organ lain.

“Lebih mengejutkan apabila kajian dijalankan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) mendapati udara di dalam premis adalah lima hingga 10 kali ganda lebih tercemar berbanding di luar rumah,” ujarnya ketika pelancaran sama.

Kesemua penulen udara All Clean kini ditawarkan pada harga pengenalan bulanan bernilai RM79, manakala RM3,500 bagi harga jualan bermula 1 Oktober lalu.

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi SK magic Malaysia di www.skmagic.com.my atau platform Facebook dengan carian myskmagic.