GADGETS
Veo 3 kini boleh diakses di Malaysia, dibuka kepada pelanggan Google AI Pro

Veo 3, model AI generatif baharu dari Google yang boleh menjana video dengan audio, kini boleh diakses di Malaysia melalui Google Gemini dan Google Flow.
MINGGU lalu model kecerdasan buatan (AI) generatif baharu Veo 3 telah dilancarkan dengan ia boleh menjana video lengkap dengan audio yang sepadan.
Ringkasan AI
- Veo 3, model AI generatif baharu dari Google yang boleh menjana video dengan audio, kini boleh diakses di Malaysia melalui Google Gemini dan Google Flow.
- Penjanaan video hanya boleh dilakukan melalui laman web, dengan pelanggan AI Pro mendapat 10 janaan sebulan dan AI Ultra mendapat janaan tanpa had di Gemini serta 125 janaan di Flow.
- Harga langganan di Malaysia ialah RM1,229.90 sebulan untuk AI Ultra dan RM97.70 sebulan untuk AI Pro.
Ciri menjadi video menggunakan Veo 3 pada saat ini hanya boleh dilakukan menerusi laman web. Google juga membuka akses kepada pelanggan Google AI Pro dengan had 10 janaan boleh dilakukan setiap bulan.
Pelanggan AI Ultra boleh melakukan janaan tanpa had menggunakan Gemini dan 125 janaan sebulan menggunakan Flow.
DI Malaysia, langganan Al Ultra ialah pada harga RM1,229.90 sebulan dan AI Pro pula pada harga RM97.70 sebulan. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami