GADGETS
WhatsApp kini bolehkan pengguna jadualkan panggilan berkumpulan

WhatsApp memperkenalkan ciri penjadualan panggilan kumpulan dengan pemberitahuan automatik kepada peserta. -Amanz
WHATSAPP memperkenalkan ciri baharu yang memudahkan pengguna merancang dan menjadualkan panggilan kumpulan.
Ringkasan AI
- WhatsApp memperkenalkan ciri penjadualan panggilan kumpulan dengan pemberitahuan automatik kepada peserta.
- Pautan panggilan boleh dikongsi dan ditambah ke kalendar, serta dipantau oleh pencipta panggilan.
- Pengguna kini boleh angkat tangan semasa panggilan untuk menyatakan pendapat tanpa mengganggu perbualan.
Pengguna juga boleh menjemput individu atau kumpulan untuk menyertai panggilan tersebut.
Semua panggilan yang telah dijadualkan akan dipaparkan dalam tab panggilan, lengkap dengan senarai peserta dan pautan panggilan.
Pautan ini boleh ditambah ke dalam kalendar peribadi atau dikongsi kepada pihak lain untuk memudahkan penyertaan.
Bagi memudahkan penyertaan dalam panggilan kumpulan, WhatsApp akan menghantar pemberitahuan kepada setiap peserta apabila panggilan yang dijadualkan hampir bermula.
Ini membolehkan semua peserta bersedia dan tidak terlepas panggilan penting.
Selain itu, WhatsApp turut memperkenalkan kaedah baharu bagi pengguna menyatakan pendapat semasa panggilan berlangsung.
Kini, pengguna boleh mengangkat tangan sebagai tanda ingin bercakap atau memberi reaksi secara spontan tanpa mengganggu perbualan yang sedang berlangsung.
Pada masa sama, pautan panggilan juga telah ditambah baik di mana pencipta pautan akan menerima pemberitahuan setiap kali seseorang menyertai panggilan tersebut.
Ciri tersebut memudahkan pemantauan kehadiran peserta dan memastikan komunikasi yang lancar sepanjang sesi berlangsung.
Seperti biasa, semua panggilan peribadi di WhatsApp dilindungi dengan penyulitan hujung-ke-hujung (E2EE) bagi memastikan keselamatan dan privasi pengguna sentiasa terjaga. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami