WhatsApp uji ciri pautan profil Facebook dalam maklumat akaun pengguna

WhatsApp sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menambah pautan profil Facebook ke halaman maklumat akaun mereka, selain Instagram. -Gambar Amanz
WHATSAPP kini mula menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menambah pautan profil Facebook ke halaman maklumat akaun mereka, sekali gus memudahkan interaksi merentasi platform.
Ringkasan AI
- WhatsApp sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menambah pautan profil Facebook ke halaman maklumat akaun mereka, selain Instagram.
- Ciri ini dilancarkan secara berperingkat kepada pengguna beta Android dan boleh dikawal melalui tetapan privasi termasuk pilihan untuk menyembunyikan pautan.
- Pengesahan identiti melalui Accounts Center adalah pilihan dan tidak menjejaskan pengalaman penggunaan jika tidak dilakukan.
Pengguna turut diberi pilihan untuk mengesahkan pautan melalui Accounts Center bagi tujuan pengesahan identiti.
Walau bagaimanapun, proses ini adalah pilihan dan tidak menjejaskan pengalaman pengguna sekiranya tidak dilakukan.
WhatsApp turut menyediakan tetapan privasi yang membolehkan pengguna mengawal siapa yang boleh melihat pautan Facebook pada profil mereka.
Pilihan yang tersedia termasuk paparan kepada semua orang, kenalan sahaja, individu tertentu atau menyembunyikannya sepenuhnya.
Ciri ini masih dalam fasa ujian dan dijangka akan diperluaskan kepada lebih ramai pengguna dalam masa terdekat. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami