awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama kerajaan penting dalam pelaksanaan Belanjawan 2026 - Ewon

Bernama
Bernama
11/10/2025
15:00 MYT
Kerjasama kerajaan penting dalam pelaksanaan Belanjawan 2026 - Ewon
Ewon menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta program Halal Francise Conference di Meridien Hotel hari ini. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan agensi pelaksana perlu ditambah baik bagi memastikan semua projek pembangunan di bawah Belanjawan 2026 berjalan lancar.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata berdasarkan pengalaman sebelum ini, projek berskala besar mengambil masa beberapa tahun, selain ada projek yang lewat dilaksanakan atas pelbagai faktor seperti pengambilan tanah.
Justeru, beliau mahu kerjasama lebih erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta agensi pelaksana dan jabatan teknikal agar semua projek pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan pada tahun semasa.
Ewon turut menzahirkan penghargaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyalurkan peruntukan pembangunan RM6.9 bilion kepada Sabah dan percaya peruntukan itu tidak termasuk projek-projek berskala kecil dan sederhana yang akan dilaksanakan oleh pelbagai kementerian termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Presiden Parti Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu berkata beliau turut menghargai fokus besar yang diberikan Perdana Menteri untuk pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta jaminan pembiayaan pinjaman RM50 bilion kepada PMKS sebagai satu jumlah yang besar.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Francais Halal 2025 anjuran Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) dan KUSKOP.
"Kementerian saya juga mendapat tambahan peruntukan melebihi RM1 bilion tahun depan di bawah belanjawan yang diberikan.
"Saya percaya akan ada lagi inisiatif-inisiatif yang disalurkan kepada kementerian dan menjadikan peruntukan yang kami laksanakan itu lebih besar pada tahun hadapan," katanya.
Oleh itu, beliau mengajak rakyat Sabah dan Sarawak untuk terus berkecimpung dalam sektor keusahawanan dan koperasi agar kementerian boleh menyalurkan lebih banyak pembiayaan yang diperlukan untuk mempergiat aktiviti ekonomi di Malaysia Timur.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2026
#PMKS
#tahun hadapan
#sektor keusahawanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan