Yahoo tambah sokongan AI melalui ciri Yahoo Scout pada enjin carian

Ciri itu menggunakan model kecerdasan buatan Claude yang dibangunkan Anthropic, selain disokong data daripada Microsoft untuk memastikan ketepatan maklumat. -Gambar Amanz
YAHOO mengumumkan penambahan ciri carian dan jawapan berasaskan kecerdasan buatan pada enjin cariannya melalui fungsi baharu dinamakan Yahoo Scout, yang kini ditawarkan dalam fasa beta.
Ciri itu menggunakan model kecerdasan buatan Claude yang dibangunkan Anthropic, selain disokong data daripada Microsoft untuk memastikan ketepatan maklumat.
Dengan penawaran ini, apabila pengguna mengemukakan pertanyaan, Yahoo Scout akan menghasilkan jawapan dalam bentuk perbualan bagi memudahkan pemahaman.
Untuk perbandingan, Google telah memperkenalkan ciri integrasi AI pada hasil carian sejak tahun lalu melalui AI Mode.
Selain digunakan dalam hasil carian, Yahoo turut merancang mengintegrasikan kecerdasan buatan pada beberapa perkhidmatan lain termasuk Yahoo Mail, Yahoo News, Yahoo Sports dan Yahoo Finance bagi menyediakan ringkasan serta maklumat diperkemas untuk pengguna.
Mereka yang berminat boleh mencuba Yahoo Scout melalui laman rasmi. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


