GADGETS
YouTube akan buang ciri 'Trending', digantikan dengan 'Charts'

Tab Trending akan digantikan dengan carta mengikut topik berbeza. Antara carta yang akan diperkenalkan ialah Trending Music Videos, Weekly Top Podcast Shows, dan Trending Movie Trailers. - Foto Amanz
CIRI Trending di YouTube sudah wujud sejak 2015 membolehkan pengguna melihat apakah video yang sedang tular di laman.
Tetapi YouTube kini mengatakan mereka akan menghentikan ciri ini dan menggantikannya dengan ciri YouTube Charts.
Dalam kemas kini yang dikongsi pagi ini, YouTube mengatakan bagaimana video tular di zaman sekarang sudah banyak berubah.
Terdapat trend mikro mengikut topik yang berbeza.Tab Trending akan digantikan dengan carta mengikut topik berbeza.
Antara carta yang akan diperkenalkan kelak ialah Trending Music Videos, Weekly Top Podcast Shows, dan Trending Movie Trailers.
Dengan ini penonton boleh melihat apakah video yang sedang tular mengikut kategori tertentu.
Bagi pengguna yang tidak mahu melihat video yang disarankan berdasarkan sejarah tontonan, mereka boleh melakukannya menerusi tab Explore.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami