GADGETS
YouTube berminat dapatkan hak penyiaran anugerah Oscar

YouTube berpotensi mengukuhkan kedudukannya sebagai platform penstriman utama jika berjaya memperoleh hak tersebut. -Amanz
ANUGERAH Akademi, atau lebih dikenali sebagai Oscar, ialah antara anugerah yang paling dikenali ramai serta berprestij.
Ringkasan AI
- YouTube dan NBC berminat mendapatkan hak penyiaran Anugerah Oscar selepas kontrak ABC tamat pada 2028.
- YouTube berpotensi mengukuhkan kedudukannya sebagai platform penstriman utama jika berjaya memperoleh hak tersebut.
- Netflix dan Paramount kini masing-masing memegang hak penyiaran untuk SAG Awards dan Golden Globes.
Hak penyiaran Oscar dipegang oleh ABC sejak 1976 dengan kontrak yang dipegang anak syarikat Disney ini akan berakhir pada tahun 2028.
Selain YouTube, NBC juga turut berminat untuk mendapatkan hak penyiaran selepas luputnya kontrak ABC.
Sebagai platform penstriman video nombor satu dunia, hak penyiaran Oscar akan mengukuhkan lagi status YouTube.
Netfllix kini memegang hak penyiaran Anugerah Screen Actors Guild (SAG) sementara Paramount+ memegang hak Golden Globes. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami