awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
Lelaki disyaki mabuk cetus kekecohan dalam kedai serbaneka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YouTube hadkan penyebaran kandungan permainan video ganas, unsur judi

Amanz
Amanz
29/10/2025
02:30 MYT
YouTube hadkan penyebaran kandungan permainan video ganas, unsur judi
Berkuat kuasa 17 Nov, semua video yang jatuh ke dalam kategori ganas melampau dan mempunyai unsur judi akan dihalang, sekiranya akaun YouTube mengaktifkan ciri Restricted Mode. - Gambar hiasan/Amanz
AKSES menonton kandungan video di YouTube telah diperketatkan lagi pagi ini.
Kali ini kandungan permainan video yang memaparkan aksi ganas melampau serta mempunyai unsur judi tidak boleh ditonton pengguna bawah umur atau tanpa log masuk ke dalam akaun.
Garis panduan ini dikuatkuasakan bermula 17 November.
Semua video yang jatuh ke dalam kategori ini akan dihalang sekiranya akaun YouTube mengaktifkan ciri Restricted Mode.
Kandungan ganas yang berterusan seperti permainan Call of Duty atau Mortal Kombat adalah antara yang kini dihalang.
Pemilik saluran tidak lagi boleh melakukan zum pada babak yang ganas jika tidak mahu penyebaran video mereka dihadkan.
Mereka boleh mengaburkan aksi-aksi ini bagi mengelakkan video dihadkan.
Kandungan judi seperti kasino, kotak tikam, dan pembelian skin juga kini akan mula dihadkan.
Langkah ini diambil oleh YouTube untuk memastikan penonton bawah umur tidak didedahkan kepada kandungan yang tidak sesuai untuk mereka.
Sistem kawalan umur YouTube membolehkan ibu meletakkan had-had ini menerusi tetapan akaun anak-anak atau kawalan Google Family Link.
Bagi pengguna dewasa, garis panduan ini tidak akan memberikan impak ke atas kandungan yang boleh ditonton.
Topic Berkaitan
#permainan video
#judi
#pengguna bawah umur
#ganas melampau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan