awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YTL AI Labs lancar Ilmu 0.1, atasi model Bahasa Malaysia lain

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
12/12/2024
03:50 MYT
YTL AI Labs lancar Ilmu 0.1, atasi model Bahasa Malaysia lain
Lou Yeoh berkata pelancaran Ilmu 0.1 adalah satu pencapaian penting untuk Malaysia. -Foto/YTL AI Labs
YTL AI Labs hari ini melancarkan Ilmu 0.1, yang merupakan Model Bahasa Besar (LLM) yang dibangunkan untuk rakyat negara ini, dan mengatasi model LLM lain di peringkat global dalam Bahasa Malaysia.

Ringkasan AI
  • YTL AI Labs melancarkan Ilmu 0.1, Model Bahasa Besar (LLM) yang dibangunkan untuk rakyat Malaysia dan mengatasi model LLM lain dalam Bahasa Malaysia.
  • Ilmu 0.1 menunjukkan prestasi luar biasa, memahami budaya dan konteks tempatan, serta lulus peperiksaan nasional seperti PT3 dan SPM dalam Bahasa Malaysia.
  • Malaysia berpotensi menjadi hab AI dengan infrastruktur dan ekosistem AI bertaraf dunia.

Menurut Pengarah Eksekutif YTL AI Labs, Lou Yeoh pelancaran Ilmu 0.1 adalah satu pencapaian penting untuk Malaysia.
Ujar beliau, LLM Malaysia yang memahami Bahasa Malaysia serta budaya dan konteks tempatan adalah penting untuk memajukan aplikasi dalam semua industri termasuk kewangan, pendidikan, kesihatan, dan perkhidmatan awam.
"Ilmu 0.1 adalah kecerdasan yang benar-benar milik Malaysia.
"Ilmu 0.1 menunjukkan prestasi yang luar biasa dan pemahaman mendalam terhadap budaya dan konteks tempatan Malaysia.
"Ia juga berjaya lulus peperiksaan nasional, Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Bahasa Malaysia, memperkukuhkan potensinya untuk menyokong pelbagai sektor dalam aplikasi dan kegunaan tempatan," katanya dalam satu kenyataan selepas majlis pelancaran Pejabat AI Kebangsaan oleh Kementerian Digital, hari ini.
Prestasi Ilmu 0.1 berbanding model lain berdasarkan penanda aras model berbahasa Malaysia, MMLU adalah seperti berikut:
Sementara itu, Pengarah Urusan YTL Power International, Datuk Seri Yeoh Seok Hong, berkata Malaysia mempunyai potensi besar untuk menjadi hab AI bagi rantau ini dan dunia.
"Dengan membina infrastruktur dan ekosistem AI bertaraf dunia, kami berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan untuk mewujudkan Malaysia sebagai sebuah Negara AI dengan Awan AI Berdaulat dan LLM Berdaulat sendiri,” ujar beliau.
Topic Berkaitan
#ytl
#Bahasa Melayu
#universiti malaya
#LLM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan