Thu Feb 04 2016


Zika merupakan virus bawaan nyamuk aedes iaitu nyamuk yang menyebarkan denggi dan chikungunya. Ia ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan bukanlah merupakan penyakit baharu bagi negara seperti Afrika. Namun, wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak May 2015 bermula di Brazil. -AFP/ISAAC KASAMANI

Sehingga kini, terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika iaitu virus dari gigitan nyamuk aedes buat masa ini. Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, US., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa. AFP/ERIKA SANTELICES

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan penyakit itu sebagai "Public Health Emergency Of International Concern" (PHEIC) dan menegaskan perlunya peningkatan usaha untuk mencari vaksin untuk Zika, yang sehingga kini tiada lagi penawar. AFP/ERIKA SANTELICES

Rakyat Malaysia dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan ke 24 negara di rantau Amerika Selatan yang telah melaporkan jangkitan Zika, khususnya wanita yang mengandung. Virus Zika disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti yang juga membawa virus denggi. AFP/Christophe SIMON

WHO berada di bawah tekanan untuk bertindak dengan cepat dalam memerangi Zika, selepas mengakui ia lambat bertindak balas terhadap wabak Ebola tahun lalu yang melanda sebahagian Afrika Barat dan meragut lebih 11,000 nyawa. AFP/JUAN BARRETO

Ana Paula Santos, 34, bersama anaknya Flavia Alessandra yang berusia 45 hari dan menderita akibat mikrosefali di Hospital Obras Sociais Irma Dulce, Salvador. AFP/Christophe SIMON

WHO pada Isnin menegaskan kepada perlu ada peningkatan usaha untuk mencari vaksin untuk Zika, yang sehingga kini tiada lagi penawar. Antara simptom-simptom jangkitan virus Zika termasuk demam, ruam, sakit sendi dan konjunktivitis. AFP/INTI OCON

Brazil merupakan negara pertama yang menyuarakan kerisauan dalam krisis Zika dan memberi amaran pada Oktober lalu tentang kewujudan mikrosefali di kawasan Timur Laut. Brazil sejak itu telah menjadi negara yang paling teruk terjejas, dengan kira-kira 4,000 kes mikrosefali di mana 270 kes telah disahkan, satu peningkatan daripada 147 kes pada tahun 2014. AFP/Marvin RECINOS

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan penularan virus Zika sebagai "Public Health Emergency Of International Concern" (PHEIC). AFP / ISAAC KASAMANI

Matheus Lima,22, and Kleisse Marcelina,24, bersama anak mereka Pietro, 2 bulan yang menderita akibat mikrosefali yang disebabkan oleh gigitan nyamuk Aedes di Hospital Obras Sociais Irma Dulce, Salvador, Brazil pada January 27, 2016. AFP/ Christophe SIMON

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal

Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Perisikan Jerman: COVID-19 mungkin bocor dari makmal Wuhan
