awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah Urusan baharu Microsoft Malaysia

Bernama
Bernama
14/11/2012
09:46 MYT
Pengarah Urusan baharu Microsoft Malaysia
Microsoft hari ini mengumumkan pelantikan Carlos Lacerda sebagai Pengarah Urusan baharunya bagi Malaysia.
Beliau akan menerajui usaha syarikat itu untuk merancang strategi perniagaan, inovasi dan kepimpinan pemikiran untuk mengubah pendidikan perniagaan dan kehidupan Malaysia ke arah yang positif.
Microsoft juga mengumumkan pelantikan Ananth Lazarus bagi peranan baharunya sebagai Ketua Jualan Rakan Kongsi bagi rantau Asia Pasifik.
Lacerda berkata: "Saya menunggu-nunggu untuk bekerja bersama dengan anggota lain dalam pasukan, bagi mengotakan janji untuk bersama mengubah Malaysia dan memajukan Microsoft Malaysia ke fasa berikutnya dalam sejarah kita."
Sementara itu Pengarah Urusan Microsoft Malaysia yang akan melepaskan jawatannya, Ananth Lazarus, akan mengetuai fungsi Jualan Rakan Kongsi syarikat itu di rantau Asia Pasifik, berpangkalan di Singapura.
Sebagai Ketua Jualan Rakan Kongsi Asia Pasifik Microsoft yang baharu, Lazarus akan bertanggungjawab bagi strategi rakan kongsi rantau ini.
Topic Berkaitan
#Ananth Lazarus
#Carlos Lacerda
#Malaysia
#Microsoft
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan