Sun Sep 11 2016


Keadaan trafik Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bergerak perlahan berikutan warga kota pulang ke kampung halaman sempena perayaan Aidiladha dan cuti persekolahan. Kebanyakan lebuh raya sesak dan menerima peningkatan jumlah aliran trafik yang tinggi pada 10 dan 11 September 2016. - fotoBERNAMA (2016)

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat menyembur air pada lembu bagi menyejukkannya ketika majlis penyerahan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di Dewan Orang Ramai Sungai Sumun, Perak. Lembu korban ini disumbangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk Parlimen Bagan Datoh pada 9 September 2016. - fotoBERNAMA (2016)

Seorang pengunjung membeli ketupat yang siap dianyam sebagai persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha di Pekan Meru, Klang pada 11 September 2016. - fotoBERNAMA (2016)

Seorang pekerja membakar lemang untuk dijual kepada pelanggan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha di gerai lemang 'Pak Yunus' yang terletak di Seksyen 18, Shah Alam pada 11 September 2016. Lemang Pak Yunus ini popular di kawasan Shah Alam dan sudah beroperasi hampir 30 tahun. - fotoBERNAMA (2016)

Seekor lembu meragut daun kelapa di persekitaran kawasan taman bersebelahan Masjid Al-Azhariah, Seksyen 18, Shah Alam pada 11 September 2016. Sejumlah 16 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha anjuran masjid tersebut. - fotoBERNAMA (2016)

Seorang kanak-kanak di pangsapuri Alim Sha Walley, Lebuh Chulia, George Town, Muhd Jamin Shazulee Jainol Abidin, 11, memberi makan kepada seekor unta yang akan dikorbankan sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha pada 11 September 2016. - fotoBERNAMA (2016)

Seorang pesara, Zulkifli Muhammad, 56, memikul daun pisang untuk dijadikan pembalut lemang buat hidangannya sekeluarga sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Taman Meru, Ipoh pada 11 September 2016. - fotoBERNAMA (2016)
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Chong Wei antara duta sukan Johor
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
