Fri May 01 2020


Limpahan warna biru turut mewarnai dua batang sungai ikonik yang saling bertemu di perkarangan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, di tengah-tengah Kuala Lumpur. - Astro AWANI/Shahir Omar

Setiap kali pancaran cahaya berwarna menjadi suatu pernyataan penting, Menara Kuala Lumpur pasti tidak ketinggalan menyampaikan mesej penting tersebut. - Astro AWANI/Shahir Omar

Kempen Light It Blue turut menarik perhatian pihak Istana Negara, apabila mercutanda penting yang mewakili naungan diraja terhadap rakyat Malaysia itu dilimpahi warna biru. - Astro AWANI/Shahir Omar

Gerbang masuk ke Istana Negara nampak gah dipancarkan warna biru sempena kempen yang menyampaikan mesej sokongan buat para petugas barisan hadapan negara. - Astro AWANI/Shahir Omar

Kompleks Istana Negara dilimpahi lampu berwarna biru sebagai tanda menghargai pengorbanan para petugas barisan hadapan dalam menangani wabak COVID-19. - Astro AWANI/Shahir Omar

Bangunan Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya juga nampak gah apabila dipancarkan dengan cahaya limpah biru. - Bernama

Menara tertinggi TRX EXchange turut menyahut seruan Light It Blue meskipun keseluruhan kerja pembinaan projek mega itu belum mencapai 100 peratus. - Bernama

Kompleks pentadbiran negara, Perdana Putra di Putrajaya menzahirkan sokongan kepada penat lelah petugas barisan hadapan Malaysia dalam perang melawan COVID-19. - Bernama

Warga Labuan pastinya berdisiplin duduk di rumah pada waktu malam sempena musim PKP ini, namun inilah pemandangan serba biru di sekitar Labuan Walk. - Bernama

Mercutanda terkini yang menghubungkan kawasan KLCC dan Kampong Baru, pintasan Saloma Link, bergemerlapan dalam sinar biru sebagai tanda sokongan kepada 'frontliners' negara. - Bernama

Kuala Lumpur, kota yang tak pernah tidur dan dirindui warganya, pasti akan hidup kembali selepas wabak COVID-19 ini berakhir. - Bernama
Sekitar pelaksanaan PKPB di Lembah Klang

PKPB: Lebih sibuk daripada biasa, namun terkawal

Istiadat Angkat Sumpah Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM-8

Menjejaki Nora Anne Quoirin

Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019

#AgongKita: Bual bicara eksklusif bersama KDYMM Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin

#matakantaawani Terbaik Minggu Ini: Raya!

Perginya seorang biduan... Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin

Tentang seorang jururawat bernama Hamidah
