Tue Sep 15 2015


Sebilangan rakyat Palestin sedang menjerit di hadapan pasukan keselamatan Israel yang membuat sekatan jalan ke masjid Al-Aqsa yang terletak di Baitulmaqdis pada 13 September 2015. Pergelutan antara rakyat Palestin dengan polis Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa berlaku beberapa jam sebelum bermulanya Tahun Baru Yahudi. - Foto AFP / AHMAD GHARABLI

Seorang warga Palestin yang memakai topeng muka dengan pengikat Hamas, membawa keluar sebuah permaidani yang terbakar daripada masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis ketika pergelutan berlaku pada 13 September 2015.- Foto AFP / AHMAD GHARABLI

Rakyat Palestin melaungkan beberapa slogan dalam satu protes di Baitulmaqdis pada Ahad, 13 September 2015. Dalam kejadian serangan ke atas Al-Aqsa, Ahad, tentera Israel mendakwa sekumpulan penunjuk perasaan berada di dalam masjid berkenaan. Namun laporan media Palestin pula menyatakan tentera Israel menyerang orang awam yang ketika itu baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh. - Foto AP Photo/Tsafrir Abayov

Kelihatan seorang warga Palestin sedang bergelut dengan seorang polis sempadan Israel kerana dihalang daripada memasuki perkarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada 14 September 2015.- Foto EPA / ATEF SAFADI

Kelihatan polis sempadan Israel sedang membawa satu bom tangan ketika berlaku satu pergelutan antara mereka dan rakyat Palestin yang dihalang masuk ke masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis ketika sambutan Tahun Baru Yaudi, 14 September 2015. - EPA / ATEF SAFADI

Pergelutan antara rakyat Palestin dengan polis Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa berlaku beberapa jam sebelum bermulanya Tahun Baru Yahudi. Pergelutan ini berlaku selepas pihak keselamatan Israel bertindak meletakkan sekatan bagi menghalang rakyat Palestin memasuki Masjid Al-Aqsa. - Foto AFP / AHMAD GHARABLI

Seorang rakyat Palestin terjatuh di sebuah jalan yang menghala ke masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis selepas berlaku pergelutan dan kekecohan dengan polis Israel pada 14 September 2015. - Foto AFP/ THOMAS COEX

Tentera Israel melepaskan bom tangan dan tembakan gas pemedih mata bagi menyuraikan warga Palestin yang menunjuk perasaan di Jerusalem pada September 14, 2015. - AFP/ THOMAS COEX
Sekitar pelaksanaan PKPB di Lembah Klang

PKPB: Lebih sibuk daripada biasa, namun terkawal

Istiadat Angkat Sumpah Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM-8

Menjejaki Nora Anne Quoirin

Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019

#AgongKita: Bual bicara eksklusif bersama KDYMM Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin

#matakantaawani Terbaik Minggu Ini: Raya!

Perginya seorang biduan... Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin

Tentang seorang jururawat bernama Hamidah
