awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Atlet angkat berat Indonesia dihempap beban 98kg

Astro Arena
Astro Arena
15/12/2025
11:30 MYT
Sukan SEA: Atlet angkat berat Indonesia dihempap beban 98kg
Sarah Aca tidak berjaya mengangkat sepenuhnya bebanan 98kg sebelum terjatuh ditindih peralatan itu. - Gambar/ Stadium Astro
ACARA angkat berat wanita Sukan SEA Thailand dikejutkan dengan insiden ngeri apabila atlet Indonesia dihempap bebanan seberat 98 kilogram (kg) sewaktu percubaan keduanya dalam acara snatch, hari ini.
Sarah Aca yang berjaya melepasi percubaan pertama seberat 95kg tampil menambah berat untuk percubaan kedua dengan tambahan 3kg, namun tidak berhasil mengangkat sepenuhnya sebelum terjatuh ditindih peralatan itu.
Keupayaannya dinafikan bebanan itu membuatkannya terbaring di lantai, sebelum segera bangkit menuju ruang menunggu semula.
Setakat ini, belum ada laporan kecederaan yang dialami membabitkan bahagian belakang badannya.
Penonton yang hadir turut terkejut, termasuk daripada kem Indonesia sendiri yang menyaksikan perkara itu berlaku.
Keputusan akhir menyaksikan dia menduduki tempat kelima di atas Malaysia dengan campuran dua acara, clean and jerk dan snatch kategori 63kg. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#Angkat Berat Wanita
#atlet dihempap bebanan
#atlet Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan